Loading...
Judul : Al-Sultan Abdullah Hadir Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran
link : Al-Sultan Abdullah Hadir Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran
Al-Sultan Abdullah Hadir Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran
PEKAN - Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Doa Selamat dan Kesyukuran di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini.
Majlis yang diadakan sempena istiadat pemasyhuran baginda selaku Sultan Pahang keenam juga disertai Tengku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Ketibaan baginda berdua pada pukul 7.00 malam disambut Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman dan barisan kepimpinan negeri.
Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah kemudiannya menunaikan solat maghrib berjemaah bersama hampir 3,000 jemaah yang dipimpin imam satu masjid Hairul Anuar Mohammad Noor.
Sejurus selepas itu, baginda berdua menyertai solat hajat yang diimamkan Abdul Rahman bagi memohon supaya Al-Sultan Abdullah diberkati dan dirahmati serta dipermudahkan dalam urusan mentadbir negeri.
Selain itu, solat hajat berkenaan juga memohon supaya Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah diberikan kesihatan berpanjangan dan dilanjutkan usia. #sumber
Demikianlah Artikel Al-Sultan Abdullah Hadir Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran
Sekianlah artikel Al-Sultan Abdullah Hadir Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Al-Sultan Abdullah Hadir Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/al-sultan-abdullah-hadir-majlis-doa.html
0 Response to "Al-Sultan Abdullah Hadir Majlis Doa Selamat Dan Kesyukuran"
Catat Ulasan