Loading...

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat

Loading...
Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat
link : Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat

Baca juga


Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat


KUANTAN: Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah adalah simbol sebenar hubungan rapat antara istana dan rakyat.

Bagi penduduk Kampung Jaya Gading, Mustafa Ismail, 72, Al-Sultan Abdullah yang dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Agong dan Tunku Azizah Aminah Maimunah sebagai Raja Permaisuri Agong hari ini sangat terkenal dengan sifat merendah diri dan senang didekati rakyat.

“Kami percaya apa yang baginda miliki (sifat ramah dan merendah diri) adalah hasil didikan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang juga sangat rapat dengan rakyat.

“Sebagai rakyat Pahang, saya memang bangga dengan pemilihan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong dan diharapkan baginda dapat membawa kemakmuran serta kebaikan kepada negeri dan negara ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kuantan, hari ini.

Beliau yang berniaga kecil-kecilan di pasar awam Jaya Gading bersama-sama ribuan rakyat berada di hadapan Pangkalan TUDM Kuantan sejak jam 6.20 pagi tadi bagi melihat keberangkatan Al Sultan Abdullah ke Kuala Lumpur untuk menjadi Yang di-Pertuan Agong.


ORANG ramai menyaksikan siaran langsung Pengisytiharan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah sebagai Yang Dipertuan Agong ke-16 ketika tinjauan di Warung Kak Ros di Tanah Putih. - NSTP/Farizul Hafiz Awang
“Lepas solat Subuh tadi saya terus ke sini bersama rakan-rakan lain.... bukan selalu benda (istiadat perarakan) ini berlaku, jadi saya tidak mahu lepaskan peluang,” katanya.

Sementara itu, bagi seorang suri rumah, Nurul Nadia Mohd Nasir, 45, dia dan suaminya datang ke kawasan Jaya Gading kira-kira jam 6 pagi tadi.

“Dari semalam lagi kami dah rancang untuk ke sini... saya dan suami bertolak dari FELDA Bukit Goh sekitar jam 5.40 pagi dan ketika sampai di sini, banyak lagi tempat untuk letak kenderaan.

“Sekejap saja sudah penuh... rasanya dalam jam 6.30 pagi semua (tempat letak kereta) sudah penuh, semua pun teruja dan bersemangat nak tengok majlis (istiadat perarakan) ini sebab ia adalah sejarah untuk Pahang,” katanya.

Bagi murid Sekolah Kebangsaan (SK) Galing, M Kishore dan Karl Esqander Salleh, kedua-duanya berusia 12 tahun, menyertai sambutan istiadat perarakan Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah adalah satu pengalaman yang menarik untuk mereka.

Mereka yang bertolak ke Pangkalan TUDM Kuantan kira-kira jam 6.30 pagi dan tiba di situ jam 7 pagi, sebelum bersama-sama ribuan lagi rakyat Pahang menyambut ketibaan baginda berdua.

Kishore berkata, dia sangat teruja dan berterima kasih kepada pihak sekolah yang mengatur perjalanan mereka ke Pangkalan TUDM Kuantan untuk menyaksikan detik bersejarah itu.

“Saya sangat teruja dan gembira kerana dapat bersama dengan ramai lagi rakyat Pahang bagi meraikan (pelantikan) Sultan Pahang sebagai Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Bagi Karl Esqander pula, dia sangat gembira kerana dapat melihat sendiri sebahagian daripada istiadat bersejarah membabitkan institusi beraja di negara ini.

“Perjalanannya semuanya tersusun... memang saya seronok dan ia pengalaman baru bagi saya, walaupun kena bangun awal untuk ke sini, saya tidak rasa ada masalah kerana peristiwa ini sangat menarik dan membuatkan saya rasa bersemangat,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat

Sekianlah artikel Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/al-sultan-abdullah-riayatuddin-al.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Sentiasa Dekat Di Hati Rakyat"

Catat Ulasan

Loading...