Loading...

Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari !

Loading...
Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari !
link : Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari !

Baca juga


Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari !


PETALING JAYA: Badan peguam di Sabah membidas kritikan terhadap video memaparkan anggota badan kehakiman menari bersama seorang menteri dan beberapa peguam di satu acara makan malam semalam sempena pembukaan tahun perundangan 2019.

Pertubuhan Undang-undang Sabah (SLS) yang menganjurkan acara itu di Kota Kinabalu semalam berkata tiada apa yang menunjukkan kelakuan tidak sopan.

Ia menjelaskan acara itu adalah tradisi sejak 2001 dan “ciri khas komuniti undang-undang yang matang”.

“Oleh itu, sangat mengecewakan sesetengah kumpulan cuba mempolitikkan peristiwa sosial dan harmoni yang mencerminkan layanan baik orang Malaysia Timur,” kata Presiden Brenndon Soh dalam kenyataan.

Beberapa pemimpin kerajaan dan pembangkang mengkritik kelakuan Ketua Hakim Negara Tan Sri Richad Malanjum dan Peguam Negara Tommy Thomas, yang dilihat menarik dalam video itu, bersama Menteri Undang-undang Liew Vui Keong dan beberapa peguam.

SLS berkata pengamal undang-undang tidak boleh dikekang daripada berhibur di majlis sosial, mengatakan integriti mereka tidak tergugat hanya kerana menari.

“Kami percaya masyarakat kita cukup matang untuk tahu orang dalam video itu boleh memisahkan kehidupan profesional masing-masing dengan kehidupan peribadi,” katanya.

Persepsi negatif

Sementara itu, seorang peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdullah pula membidas Malanjum dan Thomas, mengatakan kelakuan mereka akan menimbulkan persepsi negatif terhadap sistem kehakiman dan perundangan.

“Sepatutnya setelah kita jatuhkan kerajaan lama dan di era Malaysia Baru, semua pihak yang terlibat dalam sistem perundangan dan kehakiman sepatutnya sedar terdapat beberapa nilai peradaban yang dipandang masyarakat seluruh negara,” katanya.

Beliau pada 2106 pernah membidas peguam negara ketika itu, Tan Sri Apandi Ali susulan video memaparkan dia menari bersama sekumpulan menteri, dikatakan ketika perarakan Hari Merdeka di ibu negara.

Haniff berkata kelakuan peguam negara bermesra dengan menteri kerajaan mengundang keraguan terhadap keupayaannya membuat keputusan yang adil dan saksama.

Beliau berkata seorang ketua hakim negara dan peguam negara patut tahu mereka sentiasa diperhatikan masyarakat, termasuk orang-orang kampung yang pasti terkejut melihat acara seperti itu. #sumber


Demikianlah Artikel Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari !

Sekianlah artikel Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/badan-peguam-di-sabah-membidas-kritikan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Badan Peguam Di Sabah Membidas Kritikan Video Tari-Menari !"

Catat Ulasan

Loading...