Loading...
Judul : Bekas ADUN Tahan, Datuk Ahmad Jaafar Meninggal Dunia
link : Bekas ADUN Tahan, Datuk Ahmad Jaafar Meninggal Dunia
Bekas ADUN Tahan, Datuk Ahmad Jaafar Meninggal Dunia
JERANTUT - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Datuk Ahmad Jaafar, meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah inap desa di Sungai Koyan, Lipis, awal pagi hari ini.
Ahli Parlimen Jerantut Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, Allahyarham meninggal dunia kira-kira jam 3 pagi ketika berada di inap desa bersama beberapa rakannya.
“Selepas tidak sedarkan diri, dia kemudian dibawa ke Pusat Kesihatan Sungai Koyan sebelum dibawa ke Hospital Lipis.
“Jenazah Allahyarham kemudian dibawa pulang ke Jerantut dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Genting,” katanya ketika ditemui, di Jerantut, hari ini.
Ahmad Nazlan berkata, Allahyarham bukan saja disenangi rakan malah penduduk setempat dan beliau begitu komited melaksanakan tugas.
Difahamkan, Allahyarham yang juga Pegawai Khas Agama kepada Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berada di daerah itu atas urusan tugas.
Ahmad Jaafar menjadi ADUN Tahan selama sepenggal bermula 2004 hingga 2008 sebelum bertugas sebagai Pegawai Khas Agama kepada bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, kematian Allahyarham disebabkan serangan jantung dan tidak ada kaitan dengan kes jenayah. #sumber
Demikianlah Artikel Bekas ADUN Tahan, Datuk Ahmad Jaafar Meninggal Dunia
Sekianlah artikel Bekas ADUN Tahan, Datuk Ahmad Jaafar Meninggal Dunia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekas ADUN Tahan, Datuk Ahmad Jaafar Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/bekas-adun-tahan-datuk-ahmad-jaafar.html
0 Response to "Bekas ADUN Tahan, Datuk Ahmad Jaafar Meninggal Dunia"
Catat Ulasan