Loading...

Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Loading...
Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
link : Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Baca juga


Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah


PEKAN - Berikut adalah biodata rasmi Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang dikeluarkan Istana Abu Bakar, Pekan, Pahang.

Tunku Azizah yang dilahirkan di Istana Bukit Stulang, Johor Bahru pada 5 Ogos 1960, merupakan anakanda keempat kepada Almarhum Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail dengan Enche' Besar Hajah Kalsom Abdullah.

PENDIDIKAN
1963-1966 : Taman Kanak-Kanak Tengku Ampuan Besar Meriam, Johor Bahru
1967-1972 : Sekolah Perempuan Rendah Sultan Ibrahim, Johor Bahru
1973-1979 : Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru
1982-1983 : Universiti Nasional Singapura (NUS) (Sains Politik dan Sosiologi)

SUAMI 
Berkahwin dengan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang pada ketika itu Tengku Mahkota Pahang pada 6 Mac 1986.

 ANAKANDA PUTERA DAN PUTERI
1. Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah
2. Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah
3. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Iman Afzan
4. Yang Amat Mulia Puteri Ilisha Ameera
5. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Ilyana
6. Yang Amat Mulia Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah
7. Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah
8. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah
9. Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah

JAWATAN DISANDANG
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Tenun Pahang Diraja Negeri Pahang
Penaung Yayasan Tenun Pahang Diraja
Penaung Diraja Sahabat Asia Pasifik Persatuan Pandu Puteri Dunia
Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) cawangan Pahang
Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Kebangsaan (1991)
Naib Yang Dipertua PPPM Peringkat Kebangsaan (1999-2011)
Pengerusi Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang
Pengasas dan Presiden Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF)
Pemegang Amanah Utama Yayasan Istana Abdulaziz
Ahli Lembaga Pengarah The Olave Baden-Powell Society Peringkat Dunia
Canselor Diraja Universiti Kolej Berjaya
Canselor Diraja Universiti Kolej Yayasan Pahang
Presiden Serantau untuk Asia Tenggara dan Timur Jauh, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2010-2016)
Timbalan Presiden Jawatankuasa Bangsa-Bangsa Bersatu, Persatuan Wanita Desa Sedunia (2007- 2010)
Penaung Diraja Persatuan Jurumasak Pantai Timur dan Malaysia
Penaung Diraja Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia
Patron Trefoil Guild Pahang (2001)

PENCAPAIAN 
Calon World Presiden Associated Country Women of the World (ACWW) di Melbourne, Australia pada April 2019 (tarik diri).
Menubuhkan TAFF dengan kelahiran sebanyak 115 bayi sejak 2004.
Anggota Global Girls Fund Council of Ambassadors, World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 2010.
Penaung Diraja, WAGGGS Friends of Asia Pacific 2006.
ASEAN Global Award for Achievement 2012.
Menubuhkan Sekolah Masak Tunku Azizah WI Negeri Pahang.
Menubuhkan Charity Shop WI.
Menubuhkan Pusat Jahitan Women's Institute, Pahang.
Menghadiri persidangan Persatuan Wanita Desa Sedunia sebanyak lima kali.
Menghadiri Commission on the Status of Women, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada 2009 dan 2018.
Menghasilkan buku resipi 'Air Tangan Tengku Puan Pahang' pada 2005 dan dua buku resipi lain iaitu 'Air Tangan Tengku Puan Pahang - Masakan Tradisional Pahang' dan 'Air Tangan Tengku Puan Pahang - Manisan Tradisional Pahang' pada 2018.
Mengangkat Tenun Pahang dengan memasyhurkannya sebagai Tenun Pahang Diraja pada Mei 2006 dan perkembangan dipantau rapi melalui Badan Penasihat Pembangunan Tenun Pahang Diraja.
Menubuhkan Institut Kemahiran Tengku Ampuan Mariam untuk melatih golongan muda khasnya untuk memartabatkan Tenun Pahang Diraja di Kompleks Budaya dan Kraftangan Pulau Keladi pada 2010 selain turut mengasaskan Yayasan Tenun Pahang Diraja.

MINAT 
Memasak, menjahit, mengait, menyulam, membatik dan mereka bentuk Tenun Pahang Diraja  #sumber


Demikianlah Artikel Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah

Sekianlah artikel Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/biodata-rasmi-i-tengku-ampuan-pahang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Biodata Rasmi i Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah"

Catat Ulasan

Loading...