Loading...

Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka

Loading...
Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka
link : Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka

Baca juga


Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka


KUALA LUMPUR: Peruntukan khas sebanyak RM77 juta yang diluluskan kerajaan pusat kepada peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) selesai diagihkan pada 14 Jan lepas.

Dalam kenyataan hari ini, Felda berkata, peruntukan khas itu adalah bagi Bayaran Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil (BSHPH), bayaran tunggakan bagi kerja operasi pembangunan ladang peneroka dan bayaran khairat kematian kepada 120 waris peneroka.

“Seramai 30,799 peneroka telah menerima tuntutan BSHPH pada 31 Dis 2018 dan 4,644 peneroka pula menerima tuntutan pada 14 Jan 2019.

“Oleh itu, semua tuntutan BSHPH selesai diagihkan kepada peneroka dan bayaran ini hanya dibuat kepada peneroka yang terlibat bawah program tanam semula,” katanya.


Ia tidak melibatkan 851 peneroka di Sungai Koyan yang tidak terbabit dengan program tanam semula dan tiada tuntutan BSHPH dibuat oleh mereka.

Semalam Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, isu kelewatan pengagihan bayaran tunggakan kepada peneroka Felda akan dijawab Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali secara terus kepada peneroka ketika lawatannya ke Sungai Koyan minggu ini.

Menurut Lim, kelewatan berkenaan tidak sepatutnya berlaku memandangkan peruntukan sebanyak RM77 juta diluluskan kerajaan pusat pada 20 Dis lepas.

Menurut Felda dalam kenyataan itu, aduan kelewatan pengagihan bayaran daripada peneroka tersebut adalah berhubung bayaran hasil, iaitu gaji yang dibayar kepada peneroka berdasarkan jualan kelapa sawit.

“Bayaran hasil tersebut bukan sebahagian daripada BSHPH atau peruntukan khas RM77 juta yang diluluskan,” katanya.

Menurutnya, bayaran itu dibuat kepada peneroka 2 kali sebulan, iaitu pada pertengahan dan hujung bulan, dan kemudian dipinda kepada bayaran sekali pada hujung bulan. #sumber


Demikianlah Artikel Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka

Sekianlah artikel Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/felda-peruntukan-rm77-juta-selesai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Felda: Peruntukan RM77 Juta Selesai Diagih Kepada Peneroka"

Catat Ulasan

Loading...