Loading...
Judul : Keanehan Pokok Petai 'Menangis', Tarik Perhatian Penduduk !
link : Keanehan Pokok Petai 'Menangis', Tarik Perhatian Penduduk !
Keanehan Pokok Petai 'Menangis', Tarik Perhatian Penduduk !
KOTA BHARU - Keanehan sebatang pokok petai berusia 30 tahun di Kampung Petani, Sering di sini yang mengeluarkan air jernih seperti hujan renyai-renyai sejak lebih seminggu menarik perhatian penduduk setempat.
Fenomena tersebut yang bermula pada pukul 8 malam hingga 6 pagi itu seakan-akan pokok tersebut 'menangis' dan mula menjadi tarikan orang ramai sejak Isnin lalu.
Menurut seorang penduduk yang hanya ingin dikenali sebagai Ayah Long, 59, kejadian aneh itu mula disedarinya pada Isnin lalu semasa pulang dari surau selepas mengerjakan solat Isyak.
"Saya ingatkan ada paip bocor di kawasan itu kerana melihat keadaan jalan tar yang basah. Semasa lalu di bawah pokok itu terasa seperti terkena air hujan renyai-renyai,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sebaik sahaja kejadian itu tular, setiap malam berpuluh-puluh orang penduduk datang untuk menyaksikan sendiri dengan mata kepala mereka.
"Hadapan rumah saya ini sudah bagaikan pesta. Ada yang mengambil baldi dan bekas air untuk menadah airnya. Malah ada yang mencuci muka, lebih nakal siap mandi menggunakan air tersebut.
Sementara itu, seorang penyampai radio KELANTANfm, Azidi Abdullah, 26, berkata, fenomena itu juga boleh dilihat dengan keadaan jalan di bawah pokok yang basah seolah-olah disiram air meskipun pada waktu siang.
"Rumah saya 700 meter dari lokasi ini, jadi saya ke sini untuk melihat sendiri seperti yang dihebahkan orang ramai. Ternyata apa yang ditularkan itu betul dan kita boleh lihat air jatuh melalui daun-daunnya.
"Mungkin ada penjelasan secara saintifik berhubung fenomena ini, dan saya difahamkan ini bukan kejadian kali pertama pokok petai 'menangis' berlaku di negeri ini. Seingat saya kejadian sama pernah dilaporkan di Bunut Susu, Pasir Mas pada tahun 2014," katanya. #sumber
Demikianlah Artikel Keanehan Pokok Petai 'Menangis', Tarik Perhatian Penduduk !
Sekianlah artikel Keanehan Pokok Petai 'Menangis', Tarik Perhatian Penduduk ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Keanehan Pokok Petai 'Menangis', Tarik Perhatian Penduduk ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/keanehan-pokok-petai-menangis-tarik.html
0 Response to "Keanehan Pokok Petai 'Menangis', Tarik Perhatian Penduduk !"
Catat Ulasan