Loading...

Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran

Loading...
Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran
link : Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran

Baca juga


Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran


PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah membuat laporan polis terhadap tindakan calon Pakatan Harapan M. Manogaran yang memakai baju berlogo parti tersebut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini.

SPR dalam satu kenyataan berkata, laporan itu dibuat selepas Manogaran telah memasuki pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Senderut dekat Lipis dengan memakai baju berkenaan pada hari pengundian 29 Januari lalu.

Jelasnya, tindakan Manogaran merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya (AKPR) 1954. 

“Laporan polis tersebut dibuat oleh petugas SPR di Balai Polis Sungai Koyan. SPR pada hari ini juga telah mengambil tindakan yang serupa terhadap pelanggaran AKPR 1954 berkaitan penubuhan barung-barung (tempat semak daftar pemilih) oleh parti pada hari mengundi. 

“Selain itu, sebanyak tiga laporan polis melibatkan sembilan pusat mengundi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanah Rata dan satu laporan polis di DUN Jelai telah dibuat oleh Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, SPR menyerahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya dan tidak akan berkompromi terhadap pihak yang melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya. 

Tambah kenyataan itu, SPR juga mengingatkan semua pihak agar sentiasa mematuhi setiap undang-undang dan peraturan pilihan raya yang ditetapkan bagi memastikan proses pilihan raya yang telus serta adil dapat dilaksanakan. 

Manogaran dilihat memakai baju yang mempunyai logo parti di pusat mengundi di SK. Senderut pada hari pengundian.

Bagaimanapun, beliau telah keluar dari pusat mengundi itu selepas diarahkan oleh para petugas SPR.

Tindakan Manogaran itu bertentangan dengan Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang menetapkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat  mengundi  dan dalam  tempat  mengundi, memakai, memegang atau membawa  apa-apa  bentuk atau  jenis pakaian,  tutup  kepala,  barang  hiasan,  roset, botol air atau payung yang pada nya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Mengikut akta tersebut mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen boleh apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh  tidak melebihi  satu  tahun  atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Sesuatu kesalahan di bawah subseksyen ialah kesalahan  boleh ditangkap mengikut pengertian Kanun Tatacara Jenayah. #sumber


Demikianlah Artikel Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran

Sekianlah artikel Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/logo-parti-spr-telah-buat-laporan-polis.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Logo Parti, SPR Telah Buat Laporan Polis Terhadap Manogaran"

Catat Ulasan

Loading...