Loading...

Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu

Loading...
Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu
link : Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu

Baca juga


Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu


PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Razak hairan mengapa ramai belum tahu gambar yang dikatakan menunjukkan beliau bersama Altantuya Shaariibuu, yang mati dibunuh 12 tahun lalu, itu palsu.

Bekas perdana menteri itu terbaca berita bahawa gambar yang diserah sebagai bukti kepada Mahkamah Tinggi di Putrajaya dipastikan palsu.

“Saya pelik mengapa ramai lagi tidak tahu bahawa pemimpin PKR Tian Chua sudah lama mengaku gambar yang disebar di media sosial selama bertahun-tahun ini ialah bahan edit,” katanya di Facebook.

Tian Chua, katanya, tidak pernah berkata gambar itu gambar sahih dalam blog beliau dan tidak bertanggungjawab terhadap penyebaran gambar tersebut dan andaian yang dibuat oleh mana-mana pihak mengenainya.

Najib berkata, sebagai satu lagi bukti bagaimana berkesannya pengaruh daripada propaganda palsu ialah sehingga hari ini, selepas lebih dari 10 tahun, ramai masih mempercayai bahan letupan yang digunakan dalam kes itu ialah bahan letupan canggih C4.

“Kebenarannya ialah pihak penyiasat forensik sudah lama memberitahu bahawa bahan yang ditemui di tempat kejadian bukan C4 tetapi adalah bahan letupan PETN dan RDX yang juga boleh didapati di setengah tapak pembinaan dan di kuari batu.

“Nampaknya, tuduhan dan propaganda palsu lebih senang disebar secara meluas di Malaysia berbanding penjelasan dan kebenaran.”

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu gambar 2 lelaki bersama Altantuya Shaariibuu yang dipamerkan di mahkamah adalah palsu.

Sepupu wanita Mongolia itu, Burmaa Oyunchimeg berkata, satu gambar diambil di Paris pada 2005 dan ditunjukkan kepadanya oleh Altantuya adalah berbeza walaupun orang yang sama berada dalam gambar itu. #sumber


Demikianlah Artikel Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu

Sekianlah artikel Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/najib-hairan-ramai-tak-tahu-gambar.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Najib Hairan Ramai Tak Tahu Gambar Bersama Altantuya Palsu"

Catat Ulasan

Loading...