Loading...

Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands !

Loading...
Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands !
link : Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands !

Baca juga


Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands !


KUALA LUMPUR - Buat pertama kalinya, Barisan Nasional (BN) meletakkan bekas pegawai kanan polis yang juga wakil kaum Orang Asli, Ramli Mohd. Nor sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Pemilihan Ramli adalah berdasarkan faktor yang diterima semua pihak selain mendapat kepercayaan daripada penduduk tempatan serta latar belakangnya yang baik dan kuat.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Ramli juga mempunyai pertalian yang kuat dengan pemimpin-pemimpin Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands.

Katanya, calon berkenaan akan bertanding atas tiket BN sebagai ahli secara langsung seperti yang pernah dijalankan di Sarawak.



“PRK ini kita perlu menang setelah pihak pembangkang gagal empat PRK yang lalu. Kita harap dapat meletakkan titik noktah bahawa kerusi yang dimenangi BN di sini (Cameron Highlands) dapat dipertahankan.



“Misi kita untuk menang untuk pastikan BN bangkit selepas hadapi tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Keyakinan kita untuk menang adalah 85 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.


Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

Cameron Highlands mencatatkan jumlah pengundi seramai 32,048 dengan Melayu sebanyak 34.24 peratus; Cina (32.29 peratus); India (12.48 peratus) dan lain-lain 20.98 peratus. #sumber



Demikianlah Artikel Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands !

Sekianlah artikel Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/orang-asli-di-pilih-jadi-calon-bn-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang Asli Di Pilih Jadi Calon BN Di PRK Cameron Highlands !"

Catat Ulasan

Loading...