Loading...
Judul : Pengarah Filem Tersohor, Mamat Khalid Di Lapor Kritikal Di ICU
link : Pengarah Filem Tersohor, Mamat Khalid Di Lapor Kritikal Di ICU
Pengarah Filem Tersohor, Mamat Khalid Di Lapor Kritikal Di ICU
KUALA LUMPUR - Pengarah filem tersohor, Mamat Khalid dilaporkan berada dalam keadaan kritikal akibat masalah paru-paru dan jantung.
Mamat atau nama sebenarnya, Mohamad Mohamad Khalid, 56, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta di Petaling Jaya, Selangor, sejak Jumaat.
Menurut isterinya Hasmah Hassan, pengarah filem Hantu Kak Limah itu dimasukkan ke ICU dan bermula malam tadi diberikan dos untuk berehat bagi menstabilkan jantungnya.
“Sekarang saya mengharapkan keajaiban. Bermula malam tadi, suami saya ditidurkan untuk selama 48 jam. Dari masa ke masa, dia dipantau rapi. Bacaan tekanan darahnya mula ada respons positif apabila ahli keluarga membisikkan kata-kata semangat dan diperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran,” ujar Hasmah sewaktu dihubungi Kosmo! Online sebentar tadi.
Hasmah atau lebih mesra dibahasakan Kak Intan turut memohon doa orang ramai untuk kesembuhan suaminya.
Terdahulu pada 2017, Mamat pernah dimasukkan ke ICU sebuah pusat perubatan di Ampang, Kuala Lumpur selepas mengadu sesak nafas selepas majlis tayangan perdana filem Lebuhraya Ke Neraka.
Sebelum itu, pada 2014, Mamat pernah menjalani pembedahan kecil bagi membuka kembali saluran darah tersumbat di jantung. #sumber
Demikianlah Artikel Pengarah Filem Tersohor, Mamat Khalid Di Lapor Kritikal Di ICU
Sekianlah artikel Pengarah Filem Tersohor, Mamat Khalid Di Lapor Kritikal Di ICU kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pengarah Filem Tersohor, Mamat Khalid Di Lapor Kritikal Di ICU dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/pengarah-filem-tersohor-mamat-khalid-di.html
0 Response to "Pengarah Filem Tersohor, Mamat Khalid Di Lapor Kritikal Di ICU"
Catat Ulasan