Loading...
Judul : PH Berdepan Laluan Sukar Rampas Kerusi Cameron Highlands
link : PH Berdepan Laluan Sukar Rampas Kerusi Cameron Highlands
PH Berdepan Laluan Sukar Rampas Kerusi Cameron Highlands
Kamarul Zaman Yusoff berkata, PH nampak berdepan laluan sukar susulan strategi gabungan PAS dan Barisan Nasional (BN) yang terus menyerang kelemahan PH, seperti mendakwa kegagalannya menunaikan janji manifesto yang dibuat ketika kempen pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu.
“Dapat dilihat, setelah kempen berjalan betapa BN dan PAS bergabung menyerang hebat PH dalam pelbagai isu yang relevan, termasuk berkaitan kehidupan seharian pengundi di Cameron Highlands.
“Serangan mereka termasuk mengenai masalah para peneroka, kegagalan menunaikan sesetengah janji manifesto hinggalah kepada isu kaum dan agama, yang membuatkan PH berada dalam keadaan yang agak bertahan,” katanya.
Menurutnya, laluan PH merampas kerusi tradisi BN itu menjadi bertambah sukar apabila pemimpin kerajaan dilabel sebagai “cakap tak serupa bikin” apabila didakwa menyalahguna aset kerajaan bagi tujuan kempen.
“Terbaru, yang mendapat perhatian pengundi dan rakyat serta tular dalam media sosial adalah isu penyalahgunaan harta benda kerajaan oleh sesetengah pemimpin PH, yang disertai dengan sebaran mengenai reaksi pemimpin PH ke atas pihak yang membuat pendedahan ini.
“Ini sedikit sebanyak mampu mencalarkan imej PH selaku sebuah kerajaan yang mementingkan urus tadbir baik,” katanya.
Katanya, kelebihan BN menguasai media sosial dalam menjawab segala isu yang berbangkit meletakkan parti itu di hadapan bagi menarik sokongan rakyat.
“Pengaruh media sosial dalam menentukan keputusan pilihan raya menjadi semakin penting, dan dengan pemimpin BN dan PAS, termasuk (bekas perdana menteri) Datuk Seri Najib Razak, semakin memberi impak dalam perkara ini dengan membuat usikan-usikan yang mendapat perhatian, persaingan menjadi semakin sengit.
“Disebabkan kesengitan dalam kempen PRK ini, yang melibatkan pertentangan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, serta PRK pertama yang berlangsung di kubu BN dan di negeri kelahiran Najib, kedua-dua pihak akan berusaha memastikan penyokong masing-masing keluar mengundi.
“Ini boleh membuat peratusan pengundi keluar Sabtu ini mengatasi peratusan di PRK Port Dickson, iaitu 58.25%,” katanya.
PRK Cameron Highlands menjadi tumpuan di seluruh negara kerana ia dianggap sebagai kayu ukur terhadap pengaruh PH dan BN kepada rakyat.
Suasana PRK ini semakin panas dengan kehadiran pemimpin-pemimpin utama PH dan BN, yang setengahnya berkampung di situ untuk berkempen di hari-hari terakhir. #sumber
Demikianlah Artikel PH Berdepan Laluan Sukar Rampas Kerusi Cameron Highlands
Sekianlah artikel PH Berdepan Laluan Sukar Rampas Kerusi Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PH Berdepan Laluan Sukar Rampas Kerusi Cameron Highlands dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/ph-berdepan-laluan-sukar-rampas-kerusi.html

0 Response to "PH Berdepan Laluan Sukar Rampas Kerusi Cameron Highlands"
Catat Ulasan