Loading...

PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands

Loading...
PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands
link : PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands

Baca juga


PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands


CAMERON HIGHLANDS - Kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands yang bakal berlangsung pada 26 Januari nanti akan membuka peluang untuk gabungan itu merampas pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurut Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, jika calon PH M Manogaran dari DAP berjaya merampas kerusi tradisi MIC itu, kemungkinan besar Kerajaan Negeri Pahang yang kini ditadbir Barisan Nasional (BN) tumbang dalam PRU empat tahun lagi.

“Tidak mudah untuk menawan Kerajaan Negeri Pahang, tetapi, ia mampu dilakukan seperti mana tidak mudah menawan Kerajaan Persekutuan di Putrajaya namun Pakatan Harapan berjaya melakukannya.

“Justeru itu, PRK Cameron Highlands adalah tirai pembuka kepada pertempuran hebat untuk merampas kuasa pentadbiran negeri Pahang pada PRU seterusnya yang bakal berlangsung dalam tempoh empat tahun akan datang,” kata dalam kenyataan, hari ini.

Manogaran bakal berdepan calon BN iaitu bekas pegawai kanan polis, Ramli Mohd Nor, yang merupakan Orang Asli beragama Islam dari suku Semai dan Presiden MyPPP Tan Sri M Kayveas.

Bagi sesetengah pihak, kata Kit Siang, UMNO tidak mungkin akan tewas di Pahang, namun perkara sama diperkatakan mengenai PRU14 yang menyaksikan parti itu tewas di peringkat Persekutuan.

“Namun hanya lapan bulan lalu, adalah sesuatu yang tidak diduga yang UMNO akan hilang kuasa di peringkat Persekutuan dan jawatan Perdana Menteri, namun kedua-dua peristiwa itu berlaku,” ujarnya. #sumber


Demikianlah Artikel PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands

Sekianlah artikel PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/ph-mampu-tawan-pahang-jika-menang-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "PH Mampu Tawan Pahang, Jika Menang Di Cameron Highlands"

Catat Ulasan

Loading...