Pengerusi SPR, Azhar Azizan Harun berkata, peratusan penduduk keluar mengundi adalah sebanyak 55 peratus sehingga pukul 12 tengah hari. 
“Saya telah meninjau beberapa kawasan pusat mengundi pada hari ini dan semua berjalan lancar dengan tiada sebarang insiden buruk berlaku. 
“Proses pengundian juga berjalan dengan cepat dan pengundi tidak perlu menunggu dengan lama,” katanya ketika ditemui pemberita di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ringlet di sini sebentar tadi. 
Tambahnya, pihaknya ada menerima maklumat mengenai calon Pakatan Harapan (PH), M. Manogaran yang memasuki kawasan pusat mengundi dengan memakai pakaian yang mempunyai logo PH. 
“Kita ambil maklum perkara itu dan akan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja yang membawa logo ke dalam pusat mengundi serta kawasan 50 meter dari pusat mengundi. 
“SPR yakin peratusan penduduk yang keluar mengundi akan tercapai seperti jangkaan awal kita iaitu 70 peratus selepas semua pusat mengundi ditutup pada pukul 5.30 petang,” katanya. #sumber