Loading...
Judul : Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-16 Berjalan Lancar
link : Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-16 Berjalan Lancar
Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-16 Berjalan Lancar
Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, persiapan tersusun rapi telah dilakukan bagi istiadat yang akan berlangsung pada Khamis ini.
"Kita berusaha bertungkus lumus untuk menyediakan persiapan yang cukup rapi walaupun dalam tempoh masa agak singkat tetapi itu tidak menjadi alasan untuk kita tidak menjalankan persiapan dengan rapi.
"Raptai kita telah adakan dua hari bermula semalam dan hari ini raptai penuh yang juga dihadiri juruiring dan Setiausaha Sulit Negeri Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan Tuan Yang Terutama Negeri-Negeri," katanya selepas raptai itu di Istana Negara.
Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati raptai bagi Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong di Dataran Parlimen yang berlangsung pagi ini juga berjalan lancar.
Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 31 Jan ini manakala Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
Sultan Abdullah menggantikan Sultan Muhamad V yang meletak jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 berkuatkuasa 6 Jan lelepas memegang tampuk pemerintahan negara sejak 13 Dis 2016. #sumber
Demikianlah Artikel Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-16 Berjalan Lancar
Sekianlah artikel Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-16 Berjalan Lancar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-16 Berjalan Lancar dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/raptai-istiadat-lafaz-sumpah-agong-ke.html
0 Response to "Raptai Istiadat Lafaz Sumpah Agong Ke-16 Berjalan Lancar"
Catat Ulasan