Loading...

RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan

Loading...
RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan
link : RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan

Baca juga


RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan


PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) membatalkan pendaftaran MyPPP, bekas komponen Barisan Nasional yang dilanda perpecahan dalaman sejak tahun lepas.

Ketua Pengarah Masyati Abang Ibrahim memaklumkan keputusan itu hari ini melalui surat kepada Tan Sri M Kayveas dan Datuk Seri Maglin Dennis D’Cruz yang berebut jawatan presiden parti.

Masyati dalam kenyataan berkata pendaftaran MyPPP dibatalkan selepas mendapati rayuan daripada parti itu tidak mempunyai “sebab-sebab yang cukup”.

“Maka oleh itu, diperintahkan pendaftaran pertubuhan yang namanya tersebut dibatalkan mulai dari tarikh perintah ini,” katanya.

D’Cruz dikatakan mendalangi langkah menyingkir Kayveas sebagai presiden tahun lepas, keputusan yang disokong sebulat suara di mesyuarat agung tahunan MyPPP ke-64 yang diadakan beberapa hari selepas pilihan raya umum.


Kayveas bertegas dia masih presiden yang sah, dan baru-baru ini menyatakan sokongan kepada Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil Cameron Highlands.

Sementara itu, Setiausaha Agung Datuk Simon Sabapathy mengesahkan menerima surat berkenaan dan berkata MyPPP akan mengadakan mesyuarat tergempar esok untuk membincangkan keputusan JPPM.

“Kami akan buat rayuan kepada menteri dalam jangka masa 30 hari. Kami juga kemungkinan besar akan failkan permohonan semakan kehakiman di mahkamah tinggi dalam jangka masa 30 hari ini,” katanya.

Beliau menjelaskan JPPM pada September meminta MyPPP menerangkan 3 perkara, iaitu pemecatan Kayveas, surat peletakan jawatan Kayveas dan pemegang jawatan majlis tertinggi parti.

Simon berkata 3 perkara itu sudah diterangkan kepada JPPM, dan percaya pembatalan pendaftaran parti hari ini disebabkan oleh kekeliruan di pihak jabatan.

“Sekiranya dibawa untuk semakan kehakiman, saya positif hasilnya akan memihak kepada kami dan segala kemelut ini menunjukkan kami mengikut prosedur dalam penyingkiran Kayveas,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan

Sekianlah artikel RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/ros-di-batalkan-pendaftaran-myppp.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "RoS Di Batalkan Pendaftaran MyPPP Ketika Berebut Jawatan"

Catat Ulasan

Loading...