Loading...

Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong

Loading...
Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong
link : Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong

Baca juga


Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong


KUANTAN - Sultan Pahang yang baharu, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah menyerahkan kepada suratan takdir berhubung peluang baginda untuk ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

"Kalau sudah pun tercatit saya ke situ, ke situlah saya. Ada dalam Surah Yasin ayat ke-82, kita patut semua tengok ayat itu baru kita faham maksud saya," titah baginda ketika ditemui pemberita selepas berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Al Imam Ash Shafie di Kotasas di sini pagi tadi.

Baginda ditanya kemungkinan dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-16 berikutan pemasyhurannya sebagai Sultan Pahang keenam menggantikan ayahandanya, Sultan Ahmad Shah berkuat kuasa semalam.

Surah Yaasin ayat 82 dimaksudkan baginda membawa maksud ‘Sesungguhnya urusan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya, Jadilah! Maka jadilah ia.’

Sultan Abdullah bertitah, apa pun keputusan Majlis Raja-Raja yang bermesyuarat di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 24 Januari ini untuk memilih Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, biarlah ia yang terbaik untuk negara.

"Tidak kira proses mana sekalipun, berdoa supaya pilihan itu pilihan yang terbaik untuk negara tak kira siapa sekali pun," titah baginda.

Sementara itu, Sultan Abdullah bertitah, baginda insaf dan perasaannya bercampur sedih serta syukur atas pemasyhuran sebagai Sultan Pahang. 

Titah baginda, ia adalah tanggungjawab besar dan akan berusaha memberikan yang terbaik kepada rakyat negeri ini.

“Saya hendak janji lebih sangat pun ini bukan masanya untuk dinyatakan, tetapi saya akan berikan segala usaha dalam apa jua bidang sekali pun,” titah baginda. #sumber



Demikianlah Artikel Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong

Sekianlah artikel Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/sultan-pahang-serahkan-suratan-takdir.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sultan Pahang Serahkan Suratan Takdir Peluang Ditabal Agong"

Catat Ulasan

Loading...