Loading...

Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti !

Loading...
Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti !
link : Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti !

Baca juga


Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti !


KUALA TERENGGANU - Saya bangga dan seronok bila gambar saya bersama Awang, Semek, Baba dan Tongkol tular di media sosial sebab ia telah mengharumkan nama keluarga, kampung dan sekolah," kata Muhammad Syukur Khamis, 14, merujuk kepada empat daripada kerbau peliharaan ayahnya.

Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin itu popular dalam kalangan jurugambar sejak 2015 kerana kebolehannya berinteraksi dengan lebih 100 kerbau peliharaan bapanya, Khamis Jusoh, 63, di Kampung Kubang Bujuk, kira-kira 13 kilometer dari bandar Kuala Terengganu.


Anak bongsu daripada lapan beradik itu berkata, kehidupan seharian beliau dipenuhi aktiviti bersama haiwan peliharaan bapanya iaitu  kerbau, kambing, lembu, angsa dan ayam kampung berbanding bermain gajet seperti rakan sebaya yang lain.


"Sejak tadika saya dah ikut ayah bermain kerbau. Saya boleh baring dan duduk dengan kerbau ini berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan kerana saya rasa tenang.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tak pernah lagi mengalami sebarang kecederaan ketika bermain dengan Awang, Semek, Baba, Adik dan Tokol (nama gelaran kerbau) kerana kami saling menyayangi, bergurau dan bermanja," katanya ketika ditemui pemberita di kandang kerbau milik ayahnya di sini hari ini.


Gambar Syukur bersama sekawan kerbau itu menjadi tular di media sosial setelah menjadi juara peringkat Asia selain turut tersenarai 20 gambar terbaik dunia.

Malah, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut melahirkan kekagumannya dengan kejayaan itu dan menyifatkan hubungan Syukur dengan kerbau itu hasil perasaan halus masing-masing yang dijelmakan dengan perbuatan kebersamaan seolah-olah zahir sebuah rahmah antara manusiawi dan haiyawani.

Facebook rasmi 'Syukor Khamis-Kampong Boy' yang diwujudkan beberapa tahun lalu hanya memiliki lebih 2,000 'likers' namun sejak gambar Syukur menjadi tular sejak semalam, jumlah 'likers' akaun itu terus mendadak naik kepada 7,564 orang (setakat 11.45 pagi).

Khamis berkata, sejak 2015 lebih 100 orang jurugambar dari dalam dan luar negara datang ke kediamannya untuk merakam gambar Syukur dan 'kawan-kawannya.'

Sementara itu, ibu bapa Syukur, Khamis Jusoh, 63 dan Azizah Mamat, 58, menyifatkan gambar yang tular itu sebagai rezeki buat anak bongsu mereka yang menjadi popular sekelip mata. #sumber


Demikianlah Artikel Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti !

Sekianlah artikel Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/syukur-khamis-bangga-gambar-kerbau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Syukur Khamis Bangga Gambar Kerbau Dapat Perhatian Mufti !"

Catat Ulasan

Loading...