Loading...
Judul : Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Jan Ini
link : Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Jan Ini
Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Jan Ini
Pemasyhuran Baginda sebagai Sultan Pahang keenam akan dilangsungkan di Balai Rong Seri, Istana Abu Bakar, Pekan pada jam 11 pagi, 15 Januari 2019 (Selasa).
Pengisytiharan itu dibuat oleh Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah dalam sidang media khas di Istana Abu Bakar pada Sabtu.
Tengku Abdul Rahman berkata keputusan itu dipersetujui Jumaah Pangkuan Diraja Pahang melalui satu mesyuarat khas yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Jumaat.
“Dalam keadaan sedih dan dukacita, saya dan keluarga menerima hakikat bahawa paduka ayahanda saya tidak lagi boleh memikul tugas dan tanggungjawab sebagai raja pemerintah.
“Dengan keputusan Jumaah Pangkuan Negeri, saya bersama Yang Amat Berhormat Menteri Besar telah menghadap Paduka Kekanda Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang untuk menyembah maklum dan memohon perkenan untuk dimasyhurkan sebagai Sultan Pahang keenam.
“Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, Paduka Kekanda saya telah pun bersetuju untuk diisytihar sebagai Sultan Pahang keenam,” kata Tengku Abdul Rahman.
Menurut Tengku Abdul Rahman, Tengku Abdullah turut bertitah supaya Paduka Ayahandanya, Sultan Ahmad Shah diisytihar sebagai Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah.
Ia bersesuaian dengan keprihatinan dan sifat kebapaan Sultan Ahmad Shah kepada rakyat Pahang sepanjang memerintah negeri dari tahun 1974 hingga 2019. #sumber
Demikianlah Artikel Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Jan Ini
Sekianlah artikel Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Jan Ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Jan Ini dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/tengku-abdullah-di-masyhur-sebagai.html
0 Response to "Tengku Abdullah Di Masyhur Sebagai Sultan Pahang 15 Jan Ini"
Catat Ulasan