Loading...
Judul : Tengku Muda Pahang Yakin Wibawa Kekandanya Terajui Negeri
link : Tengku Muda Pahang Yakin Wibawa Kekandanya Terajui Negeri
Tengku Muda Pahang Yakin Wibawa Kekandanya Terajui Negeri
Tengku Abdul Rahman berkata, kebolehan dan kewibawaan kekandanya adalah berdasarkan kepada pengalaman dan tunjuk ajar yang diterima tanpa titik noktah daripada ayahanda mereka, Sultan Ahmad Shah yang merupakan Sultan Pahang kelima.
"Patik percaya bahawa duli tuanku Sultan dapat menerajui pemerintahan negeri ini dengan cemerlang dan penuh bijaksana.
"Patik, orang kerabat bergelar, kerabat dan orang-orang besar Pahang mendoakan supaya Allah sentiasa merahmati dan memberkati pemerintahan duli kekanda dan menjadikan negeri yang tercinta ini kekal aman, makmur dan rakyat jelata hidup bersatu padu dan penuh harmoni... Insya-Allah," katanya.
Tengku Abdul Rahman berkata demikian pada ucapan ikrar taat setia kepada Sultan Abdullah pada Istiadat Pemasyhuran Sultan Pahang keenam di Balairung Seri, Istana Abu Bakar di sini, hari ini.
Turut berangkat ialah Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan kerabat-kerabat, orang besar Pahang, barisan kepimpinan kerajaan negeri dan wakil masyarakat di Pahang.
Tengku Abdul Rahman seterusnya mendoakan supaya Sultan Abdullah dan Tunku Azizah dikurniakan hidayah, petunjuk dan kesihatan yang baik sepanjang menduduki takhta pemerintahan negeri Pahang.
Pada ucapan itu, Tengku Abdul Rahman juga mewakili kerabat dan orang besar Pahang mendoakan Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah dikurniakan kesihatan yang baik dan setiasa berada dalam lindungan Allah. #sumber
Demikianlah Artikel Tengku Muda Pahang Yakin Wibawa Kekandanya Terajui Negeri
Sekianlah artikel Tengku Muda Pahang Yakin Wibawa Kekandanya Terajui Negeri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tengku Muda Pahang Yakin Wibawa Kekandanya Terajui Negeri dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/01/tengku-muda-pahang-yakin-wibawa.html
0 Response to "Tengku Muda Pahang Yakin Wibawa Kekandanya Terajui Negeri"
Catat Ulasan