Loading...

Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk

Loading...
Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk
link : Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk

Baca juga


Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk


PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sentiasa memantau tahap kesihatan penduduk di sekitar kawasan pelombongan bauksit di Kuantan, Pahang berdasarkan laporan kesihatan yang diperolehi dari fasiliti kesihatan kawasan itu, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Kita memantau melalui statistik kes seperti jangkitan respiratori di klinik. Sebagai contoh adakah terdapat peningkatan ketara untuk masalah tersebut, selain pihak berkuasa akan memantau kualiti air dan buah-buahan segar untuk (kewujudan) logam berat,” katanya pada sidang media di kementeriannya di sini, semalam.

“Kita mahu pastikan rakyat tidak menderita akibat dari aktiviti perlombongan bauksit,” katanya, sambil memaklumkan isu kesihatan melibatkan perlombongan bauksit turut disentuh dalam mesyuarat Kabinet, semalam.

Pada 18 Feb, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar mengumumkan tempoh moratorium untuk aktiviti perlombongan dan pengeksportan bauksit tidak akan dilanjutkan dan dibenarkan beroperasi semula mulai 1 April ini.

Berikutan itu, satu prosedur operasi standard (SOP) baru dan penguatkuasaan undang-undang lebih ketat akan dilaksanakan untuk mengelak pencemaran seperti sebelum ini dan mereka yang ingkar boleh didenda RM500,000 dan 3 bulan penjara mengikut Enakmen Mineral Negeri Pahang 2001.

Dalam perkembangan lain, Dzulkefly menafikan dakwaan pihak farmasi tidak dilibatkan dalam perancangan pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40).

“Kita telah berhubung, berbincang dan mengadakan town hall dengan pihak berkaitan dan kita masih ada masa untuk berhubung lebih lanjut mengenai pelaksanaan PeKa B40 termasuk membabitkan peranan farmasi, pengamal perubatan am. Kita mahu ia didukungi oleh semua penyedia perkhidmatan kesihatan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, PeKa B40 akan dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada April nanti.

Ditanya sama ada KKM akan mengenakan tindakan terhadap Hospital Pantai Sungai Petani yang menyiarkan iklan tawaran biasiswa yang didakwa bersifat perkauman walaupun sudah membuat permohonan maaf, Dzulkefly berkata, beliau berharap isu itu tidak berulang pada masa hadapan. #sumber


Demikianlah Artikel Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk

Sekianlah artikel Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/bauksit-dr-dzulkefly-kkm-jamin-pantau.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bauksit: Dr Dzulkefly , KKM Jamin Pantau Kesihatan Penduduk"

Catat Ulasan

Loading...