Loading...

Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017

Loading...
Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017
link : Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017

Baca juga


Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017


JERANTUT - Sepasang suami isteri merayu anak perempuannya yang menghilangkan diri sejak Disember 2017 agar kembali ke pangkuan keluarganya dengan segera. 

Raihan Syafina Mohd Robie, 19, yang berasal dari Taman Cempaka, di sini dikatakan keluar dari rumahnya selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017.

Bapanya, Mohd Robie Majid, 46, berkata, anak keduanya daripada lima beradik itu pulang ke rumah selepas tamat SPM dua tahun lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan Inderapura, di sini sebelum menghilangkan diri.

"Dia keluar rumah tanpa memberitahu kami dan saya sekeluarga keluar mencarinya namun tidak jumpa.

"Kami telah menghubungi telefon bimbitnya tetapi tiada jawapan dan terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Jerantut," katanya hari ini.

Menurutnya, Raihan dipercayai keluar bersama seorang rakan perempuannya yang turut menghilangkan diri sehingga hari ini.

"Sebelum tamat peperiksaan SPM, dia ada beritahu kami untuk pergi bekerja di luar Jerantut dan kami tidak menghalangnya tanpa menyangka dia pergi begitu sahaja," ujarnya.

Mohd Robie memberitahu, dia bersama isterinya, Zelawati Zulkarnain Bachan, 38, telah melakukan pelbagai usaha untuk mengesan anaknya namun gagal.

"Saya sudah minta bantuan saudara-mara dan rakan-rakan untuk menjejakinya malah kami pernah mencarinya di Kuantan dan Kuala Lumpur tetapi tidak jumpa.

"Saya dan isteri merayu Raihan agar pulang ke pangkuan kami dan memohon bantuan orang ramai untuk mengesannya," jelasnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat terkini mengenai Raihan boleh menghubungi Mohd Robie di talian 013-9050072 atau balai polis berhampiran. #sumber


Demikianlah Artikel Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017

Sekianlah artikel Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/ibubapa-rayu-cari-anak-perempuannya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Ibubapa Rayu Cari Anak Perempuannya Yang Hilang Sejak 2017"

Catat Ulasan

Loading...