Loading...

Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan

Loading...
Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan
link : Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan

Baca juga


Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan


MARANG: Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan dana sebanyak RM90 juta dimasukkan ke dalam akaun pemimpin parti itu.

Beliau berkata, terpulang kepada SPRM menyiasat mana-mana individu atau PAS dan pihaknya bersedia memberi kerjasama bagi melancarkan proses siasatan, sekali gus menjadikan PAS sebuah parti yang bersih daripada isu rasuah.

Bagaimana pun beliau berkata, siasatan itu perlu dilaksanakan secara adil dan mendesak SPRM turut menyiasat sumber kewangan yang diterima parti lain, khususnya pada pilihan raya umum yang lalu.

“Kami boleh dedahkan sumber kami, tapi parti lain pun perlu dedahkan…ada parti yang takut (untuk dedahkan) …tapi kami tak takut.

“Jangan pelik dari mana PAS dapat duit…ia dari poket kami sendiri…orang kami sendiri yang bertungkus lumus kerja untuk menyumbang derma (kepada parti),” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan SPRM membuka kertas siasatan dan memanggil beberapa individu bagi menyiasat dakwaan itu.

Sebelum ini, artikel yang dilapor oleh Sarawak Report pada Ogos 2017 antara lain mendakwa dana berjumlah RM90 juta “dipercayai” dimasukkan ke dalam akaun bank pimpinan atasan PAS bagi menarik mereka supaya menyokong Umno dan Barisan Nasional (BN). #sumber


Demikianlah Artikel Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan

Sekianlah artikel Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/isu-dana-rm90-juta-hadi-sedia-sprm.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Isu Dana RM90 Juta, Hadi Sedia SPRM Siasat Semua Dakwaan"

Catat Ulasan

Loading...