Loading...

Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau !

Loading...
Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau !
link : Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau !

Baca juga


Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau !


KLANG - Jemaah Surau Sabilul Huda, Taman Pendamar Indah dekat sini terkejut apabila menemui sebuah patung berhala yang diletakkan bersebelahan pintu masuk utama surau berkenaan, petang semalam. 

Patung berhala itu ditemui pukul 4.15 petang oleh siak surau, Mohd. Yatim Omar, 64, ketika hadir di surau tersebut bagi persiapan solat Asar. 

Menurut Mohd. Yatim, patung itu ditemui olehnya ketika beliau mahu membuka pintu surau berkenaan yang berkunci. 

Katanya, sewaktu pulang selepas selesai menunaikan solat Zuhur didapati tiada patung tersebut di dalam pekarangan surau berkenaan. 

"Terkejut dengan kejadian itu, saya kemudiannya memanggil ahli jawatankuasa (AJK) serta kariah surau tersebut bagi melihat sendiri patung tersebut.

"Saya tidak tahu apa motif patung berhala itu diletakkan di surau ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini. 



Mohd. Yatim menambah, perkara ini sangat sensitif berikutan ia mencemarkan tempat ibadah bagi masyarakat yang beragama Islam.

Ujar beliau, pihaknya tidak mengetahui siapa yang melakukan perbuatan tersebut memandangkan surau ini tidak dilengkapi dengan kamera litar tertutup televisyen (CCTV). 

"Sudah tentu, kami kecewa dan terguris akan perbuatan tidak bertanggungjawab itu dan menggesa dalangnya tampil memohon maaf. 

"Sehubungan itu, satu laporan polis telah dilakukan awal pagi tadi di Balai Pandamaran, Klang Selatan serta menyerahkan patung itu bagi siasatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan pihaknya .#sumber


Demikianlah Artikel Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau !

Sekianlah artikel Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/jemaah-terkejut-jumpa-patung-berhala-di.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Jemaah Terkejut Jumpa 'Patung Berhala' Di Pintu Masuk Surau !"

Catat Ulasan

Loading...