Loading...

Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan !

Loading...
Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan !
link : Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan !

Baca juga


Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan !


KUANTAN - Jenazah kanak-kanak dibunuh kejam dalam kejadian 30 Januari lalu, Siti Masitah Ibrahim, 11, dituntut ibunya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pukul 5 petang tadi.

Ibunya, Solihah Abdullah, 35, ketika ditemui meluahkan syukur kerana telah lama menunggu untuk membawa pulang jenazah Siti Masitah bagi tujuan pengebumian.

Menurutnya, jenazah Siti Masitah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan selewat-lewatnya malam ini.

"Alhamdulillah. Sudah lama kami tunggu untuk bawa pulang," ujar suri rumah tersebut sebelum menangis.

Pada 9 Februari lalu, mayat Siti Masitah ditemui di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan dalam keadaan menyayat hati apabila beberapa anggota badan termasuk kepalanya terpisah daripada tubuh.

Siti Masitah dilaporkan hilang kira-kira pukul 6.30 petang, 30 Januari lalu selepas keluar menunggang basikal dan ibunya membuat laporan polis pada pukul 11 malam hari yang sama.

Mayat tersebut dikenal pasti sebagai Siti Masitah selepas ibunya membuat pengecaman baju yang dipakai kanak-kanak itu pada hari dia dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, polis melakukan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada 11 Februari baru-baru ini sebelum mayat disahkan sebagai Siti Masitah pada Sabtu lalu dan jenazah dituntut ibunya semalam.

Susulan penemuan mayat itu, seorang lelaki rakyat Kemboja berusia 23 tahun ditahan polis pada pukul 2 pagi, 31 Januari lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan berkata, suspek disambung reman sehingga 24 Februari ini untuk disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #sumber


Demikianlah Artikel Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan !

Sekianlah artikel Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/jenazah-siti-masitah-di-tuntut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Jenazah Siti Masitah Di Tuntut Keluarganya Di HTAA Kuantan !"

Catat Ulasan

Loading...