Loading...
Judul : Ketua Polis Negara Pertahan Lawatan Kerja Pegawai Ke Turki !
link : Ketua Polis Negara Pertahan Lawatan Kerja Pegawai Ke Turki !
Ketua Polis Negara Pertahan Lawatan Kerja Pegawai Ke Turki !
PETALING JAYA: Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mempertahankan tajaan sebuah syarikat perjudian untuk lawatan kerja ke Turki yang diketuainya, dengan berkata Lembaga Totalisator Malaysia memberi “tawaran” kepada polis setiap tahun.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan bentuk “tawaran” itu.
“Memang tiap-tiap tahun mereka tawar kepada kita. Sebab kita bantu mereka dalam usaha mengatasi sindiket haram, bookie dan lain-lain,” katanya dipetik Sinar Harian pada Jumaat.
Fuzi kesal lawatan kerja yang merupakan sebahagian tugas rasmi polis itu disensasikan pihak yang tidak tahu peranan Da Ma Cai dan menyifatkan laporan mengenainya tidak berasas.
“Saya tidak tahu apa motif ada pihak membuat laporan itu. Apa yang pasti, kita ke sana untuk bertugas. Itu adalah tugas rasmi.”
Fuzi meminta pihak yang mempunyai sebarang kemusykilan berhubung lawatan kerja itu bertanya kepada Lembaga Totalisator Malaysia, bukannya menyerang polis.
Sebelum ini, gambar Fuzi dan beberapa pegawai kanan polis menyertai rombongan ke Turki untuk mempelajari dasar perjudian dalam talian, disiarkan dalam internet.
Menurut laporan, rombongan 16 pegawai kanan polis itu menelan belanja lebih RM300,000 ke atas penerbangan kelas perniagaan dan penginapan di hotel 5 bintang.
Rabu lalu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilaporkan berkata, kementeriannya tidak menanggung kos lawatan kerja itu, walaupun Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan ia ditaja Lembaga Totalisator Malaysia, sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan. #sumber
Demikianlah Artikel Ketua Polis Negara Pertahan Lawatan Kerja Pegawai Ke Turki !
Sekianlah artikel Ketua Polis Negara Pertahan Lawatan Kerja Pegawai Ke Turki ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ketua Polis Negara Pertahan Lawatan Kerja Pegawai Ke Turki ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/ketua-polis-negara-pertahan-lawatan.html
0 Response to "Ketua Polis Negara Pertahan Lawatan Kerja Pegawai Ke Turki !"
Catat Ulasan