Loading...

Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun !

Loading...
Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun !
link : Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun !

Baca juga


Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun !



KUANTAN - Seorang peniaga yang sebelum ini ditahan selepas didakwa meninggalkan komen menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pahang Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, lelaki berusia 46 tahun dari Kuantan itu dibebaskan 10 pagi semalam selepas ditahan selama dua hari sejak 8 malam Jumaat lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan IPD Temerloh.

“Selain itu, dua lelaki berumur 32 dan 36 tahun yang dipercayai terlibat melakukan ugutan jenayah ke atas peniaga berkenaan juga dibebaskan dengan jaminan polis selepas diambil keterangan di IPD Kuantan semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Bagaimanapun, menurut Mohd Zakaria, siasatan terhadap dua lelaki berkenaan masih diteruskan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Kedua-dua lelaki itu ditahan Jumaat lalu selepas dilaporkan pergi ke premis ahli perniagaan berkenaan di hadapan Kuantan Parade kerana tidak berpuas hati dengan tindakannya yang meninggalkan komen berunsur penghinaan pada gambar Al-Sultan Abdullah di laman sosial.

Lelaki itu dilaporkan meninggalkan komen menghina itu ke atas gambar yang memaparkan Sultan Abdullah, Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar dan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ia tular di Facebook.

Sementara itu, dalam satu sidang media, peniaga yang didakwa menghina Sultan Abdullah, Cheah Kim Hung, 46, memohon maaf kepada semua dan kesal dengan tindakannya memuat naik komen berkenaan.

Dia mendakwa komennya itu hanya bertujuan membalas status seorang pelayar lain yang merujuk kepada raut wajah perdana menteri semasa gambar itu dirakamkan dalam istiadat yang diadakan di Dataran Parlimen.

Lelaki yang menggunakan nama akaun, Michael Cheah sehubungan itu memohon maaf dan keampunan daripada Al-Sultan Abdullah di atas kesilapannya. #sumber


Demikianlah Artikel Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun !

Sekianlah artikel Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/kontroversi-isu-hina-agong-michael.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Kontroversi Isu Hina Agong, Michael Cheah Memohon Ampun !"

Catat Ulasan

Loading...