Loading...
Judul : Mahkamah Persekutuan Arah PRK Semula Bagi DUN Rantau !
link : Mahkamah Persekutuan Arah PRK Semula Bagi DUN Rantau !
Mahkamah Persekutuan Arah PRK Semula Bagi DUN Rantau !
PUTRAJAYA: Pilihan raya kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau di Negeri Sembilan, susulan keputusan sebulat suara Mahkamah Persekutuan yang mengesahkan penghakiman Mahkamah Khas Pilihan Raya pada November lalu.
Panel 5 hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Richard Malanjum berkata, calon PKR, Dr Streram Sinnasamy mempunyai locus standi untuk memfailkan petisyen, walaupun beliau tidak boleh menyerahkan kertas pencalonan.
“Rayuan ditolak dengan kos dan kami berpendapat pilihan raya kecil perlu diadakan.
“Alasan bertulis akan dikemukakan kemudian,” katanya dalam kamar mahkamah dipenuhi orang ramai hari ini.
Panel diketuai Malanjum dan dianggotai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Datuk Seri David Wong Dak Wah, Datuk Rohana Yusuf, Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin serta Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membayar kos RM20,000 kepada Streram.
Pada 16 November lalu, Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi DUN itu tidak sah dan terbatal, selepas Hakim, Datuk Azimah Omar membenarkan petisyen difailkan Streram.
Azimah dilaporkan berkata, pertandingan akan berlaku, jika Streram dibenarkan mengemukakan kertas pencalonannya pada 28 April 2018.
Katanya, ada bukti mencukupi menunjukkan Streram, pencadang dan penyokongnya dilarang memasuki pusat penamaan calon.
Streram memfailkan petisyen pada 23 Mei 2018 bagi membatalkan keputusan SPR mengisytiharkan Mohamad sebagai pemenang DUN Rantau.
Katanya, beliau tidak pernah dimaklumkan SPR atau ejennya yang mereka memerlukan pas untuk memasuki pusat penamaan calon di Dewan Sri Rembau.
Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Mohamad sebelum ini berkata, petisyen Streram perlu ditolak kerana beliau bukan calon yang kalah dalam pilihan raya umum ke-14 lalu.
“Mahkamah perlu menentukan ketulenan pilihan raya dan memastikan pematuhan ketat terhadap peraturan.”
Bagaimanapun, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, Streram membayar deposit pilihan raya dan tiba di pusat penamaan calon dengan pencadang serta penyokongnya.
“Pilihan raya bermula dari hari SPR mengeluarkan writ, bukannya selepas calon memfailkan kertas pencalonan mereka,” katanya sambil menambah keengganan pihak berkuasa membenarkan Streram memasuki pusat tanpa pas, melanggar hak perlembagaannya.
Mohamad kemudian memberitahu wartawan, beliau menerima keputusan mahkamah.
Timbalan Presiden UMNO itu berkata, beliau sudah membuat persiapan untuk PRK itu.
“Sekarang, kita perlu menunggu SPR mengumumkan tarikh pilihan raya kecil itu.”
Sementara itu, Streram gembira dengan keputusan hari ini dan menyuarakan kesediaan bertanding dalam PRK Rantau. #sumber
Demikianlah Artikel Mahkamah Persekutuan Arah PRK Semula Bagi DUN Rantau !
Sekianlah artikel Mahkamah Persekutuan Arah PRK Semula Bagi DUN Rantau ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Mahkamah Persekutuan Arah PRK Semula Bagi DUN Rantau ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/mahkamah-persekutuan-arah-prk-semula.html
0 Response to "Mahkamah Persekutuan Arah PRK Semula Bagi DUN Rantau !"
Catat Ulasan