Loading...

Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan !

Loading...
Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan !
link : Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan !

Baca juga


Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan !


PEKAN - Luluh hati seroang ibu apabila melihat mayat anak perempuannya yang dilaporkan hilang pada 30 Januari lalu dijumpai dalam keadaan ngeri berhampiran rumahnya di Kampung Tanjung Medang di sini semalam.

Zaleha Abdullah, 35, tidak menyangka kehilangan anak ketiganya daripada empat beradik, Siti Masitah Ibrahim, 11, berakhir dengan tragedi menyayat hati dipercayai dibunuh.

Mayat Siti Maisitah dijumpai oleh seorang pencari hasil hutan kira-kira pukul 4 petang di dalam semak tidak jauh dari rumahnya dengan keadaan tangannya terikat dan beberapa organ terpisah dari badan.

Zaleha berkata, dia terkejut apabila penduduk kampung memberitahu anaknya telah dijumpai namun telah meninggal dunia.

"Saya bersama ahli keluarga yang lain bergegas ke tempat kejadian dan terkejut apabila melihat jasad dia sebegitu rupa.

"Arwah keluar rumah pada 30 Januari untuk ke kedai berdekatan menunggang basikal warna merah jambu namun tidak pulang sehingga pukul 6.30 petang," katanya hari ini.

Difahamkan beberapa organ dalaman mangsa dilaporkan hilang dan kepala mangsa terpisah dari badan.

Menurutnya, dia telah membuat laporan polis pada hari yang sama mangsa hilang dan penduduk kampung turut mengadakan gerakan mencarinya namun tidak jumpa.

"Ada orang kampung nampak dia menaiki sebuah motosikal bersama seorang lelaki yang tidak dikenali sebelum dia dilaporkan hilang," ujarnya.

Zaleha memberitahu, mayat anaknya telah diserahkan kepada pihak polis dan kini berada di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan untuk bedah siasat dan siasatan lanjut. 

"Saya berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan terperinci dan pesalah dihukum dengan setimpal sekiranya kematian Siti Maisitah ada kaitan dengan unsur jenayah," jelasnya. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Othman Nayan berkata, mayat itu dijumpai dalam keadaan tertiarap di atas tanah dan pemeriksaan di kawasan sekeliling tidak menemukan sebarang senjata.

Katanya, identiti mayat tidak dapat dikenal pasti dan dihantar ke Unit Forensik HTAA untuk bedah siasat.

"Bedah siasat mayat akan dibuat pagi esok untuk mengenal pasti punca kematian. Siasatan akan diteruskan selepas keputusan bedah siasat," katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan !

Sekianlah artikel Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/mayat-kanak-kanak-hilang-di-temui.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mayat Kanak-Kanak Hilang Di Temui Selepas 11 Hari Di Pekan !"

Catat Ulasan

Loading...