Loading...

Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan !

Loading...
Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan !
link : Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan !

Baca juga


Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan !


PETALING JAYA: Penduduk Orang Asli di Gerik, Perak mendakwa kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) menceroboh kawasan tanah adat mereka untuk aktiviti pembalakan sejak 18 Januari lalu.

Berang dengan tindakan itu, Orang Asli Kampung Tasik Cunex, Gerik mengadakan sekatan bagi menghalang aktiviti itu apabila mendakwa kawasan tanah adat dan penempatan mereka diceroboh, termasuk kehilangan sumber hutan.

Kumpulan masyarakat itu membuat sekatan dengan menutup laluan utama lori balak.

Berdasarkan laporan polis yang dilihat, wakil penduduk kampung Orang Asli Cunex membuat laporan itu pada 1 Februari lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik.


Mereka juga membuat aduan kepada kerajaan negeri dan menteri besar pada 10 Januari, tetapi tiada sebarang tindakan diambil.

Penduduk mendakwa mereka turut diugut pihak syarikat dan Jabatan Perhutanan Perak susulan sekatan yang dibuat mereka.

“18 Januari, aktiviti pembalakan haram bermula tanpa kebenaran komuniti Orang Asli.

Laporan polis yang dibuat penduduk . (Gambar Peka)
“Kami telah membuat bantahan, apabila bantahan tidak diendahkan, kami buat sekatan ‘blockade’. Pada 31 Januari, wakil syarikat dan Jabatan Hutan Perak datang dan memberi amaran sambil memaklumkan akan meneruskan aktiviti pengeluaran kayu balak.

“Mereka juga memaklumkan akan mengunakan cara kasar jika aktiviti pembalakan dihalang,” kata wakil penduduk Orang Asli yang enggan dinamakan, sambil memaklumkan laporan polis yang pertama turut dibuat pada 27 Januari.

Penduduk juga mendakwa pihak syarikat mula membawa masuk jentera pada 19 Disember 2018 melalui kawasan penduduk Orang Asli menyebabkan saluran paip utama pecah.

Difahamkan jumlah kawasan pembalakan yang terlibat ialah 80 hektar dan ia termasuk tanah adat Orang Asli Tasik Cunex. Terdapat lebih 50 penduduk di kawasan itu.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka), Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil ketika dihubungi memaklumkan pihaknya kecewa dengan tindakan itu.

Orang Asli di Gerik, Perak memegang poster yang membantah pencerobohan tanah adat mereka. (Gambar Peka)
“Perak di bawah Pakatan Harapan jangan hanya saman Kelantan, saman juga Perak yang sedang memusnahkan kehidupan Orang Asli di sini.

“Pembalakan sangat berleluasa di negeri Perak,” katanya.

Beliau menambah, Peka telah memberi bantuan awal kepada komuniti Orang Asli di kampung Cunex termasuk mendapatkan khidmat guaman.

“Pihak Peka sedang berusaha untuk membawa perkara ini kepada perhatian pihak kerajaan pusat iaitu kepada menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Orang Asli serta kepada peguam negara untuk tindakan segera. #sumber


Demikianlah Artikel Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan !

Sekianlah artikel Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/orang-asli-di-ugut-selepas-buat-sekatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Orang Asli Di Ugut Selepas Buat Sekatan Halang Pembalakan !"

Catat Ulasan

Loading...