Loading...

Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j !

Loading...
Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j !
link : Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j !

Baca juga


Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j !


KUALA LUMPUR - Peguam terkemuka Datuk Mohd. Hafarizam Harun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi atas dua pertuduhan terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram dengan memasukkan cek berjumlah RM15 juta milik bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke akaun firma guamannya, lima tahun lalu.

Mohd. Hafarizam, 47, yang juga Penasihat Undang-undang UMNO membuat pengakuan itu selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya dihadapan Hakim Azman Ahmad. 

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua Mohd. Hafarizam yang turut mewakili beberapa kes sivil Najib didakwa telah melibatkan diri secara langsung dalam tiga transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram dengan memasukkan tiga keping cek AmIslamic Bank berjumlah RM15 juta milik Mohd. Najib Abdul Razak ke dalam akaun pelanggan firma guaman miliknya Tetuan, Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak (HWAM) .

Kesemua kesalahan  itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Cawangan PWTC Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail di sini antara 16 April 2014 hingga 12 Februari 2015.

Berikutan itu kedua-dua pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama. 

Hukuman bagi seksyen itu memperuntukkan penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda minimum lima kali ganda hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau mana-mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan. 

Dalam prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mustafa P. Kunyalam mencadangkan ikat jamin RM500,000 dan pasport antarabangsa tertuduh diserahkan kepada mahkamah. 

Peguam Datuk Hasnal Rezua Merican yang mewakili tertuduh tidak membuat sebarang bantahan berikutan kedua-dua pihak telah bersetuju dengan jumlah jaminan dan syarat yang dicadangkan pihak pendakwaan. 

Terdahulu dalam prosiding sama, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib turut memaklumkan,  terdapat kes seorang individu warganegara Britain iaitu Paul Geoffrey Stadlen yang telah didaftarkan berkaitan kes yang sama. 

"Sekiranya berjaya dijumpai Paul akan dibawa ke mahkamah untuk dituduh kerana ada kemungkinan kes tersebut akan dibicarakan bersama kes ini," katanya.

Tambahnya Langkah-langkah untuk mengesan Paul telah dibuat iaitu mendaftarkan kes ke mahkamah, mendapatkan waran tangkap dan menyerahkan waran tangkap itu kepada Polis Antarabangsa (Interpol) kerana dia berada di luar negara. 

Selepas mendengar permohonan kedua-dua belah pihak, mahkamah kemudian menetapkan 25 Mac ini bagi sebutan semula kes. #sumber


Demikianlah Artikel Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j !

Sekianlah artikel Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/peguam-umno-mengaku-tak-salah-ubah-wang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Peguam UMNO Mengaku Tak Salah Ubah Wang Haram RM15j !"

Catat Ulasan

Loading...