Loading...

Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal

Loading...
Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal
link : Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal

Baca juga


Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal


KAJANG - Keadaan di sekitar pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri  (DUN) Semenyih meriah pagi ini, apabila kumpulan penyokong berkumpul bagi menanti rombongan calon menuju ke Dewan Seri Cempaka, Majlis Perbandaran Kajang di Saujana Impian di sini.

Sejak 7.30 pagi, penyokong Pakatan Harapan (PH) berkumpul di kawasan parkir sebelah kanan dewan, Barisan Nasional (BN) di belakang dewan, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) di belah kiri dewan.

Keadaan cuaca setakat ini baik dan dijangka melancarkan lagi proses penamaan calon yang bermula pukul 9 pagi dan berakhir sejam kemudian.

Jalan di sekitar dewan juga ditutup kira-kira 50 meter dari orang awam atau kenderaan yang masuk sejak pukul 6.30 pagi.

Menurut sumber polis, seramai 733 kekuatan anggota diletakkan di sekitar dewan penamaan bagi menjaga keamanan dan kelancaran trafik.

Setakat ini, selain Muhammad Aiman Zainali daripada PH, dan Zakaria Hanafi mewakili BN, dua lagi calon yang menyatakan hasrat untuk bertanding pada PRK DUN Semenyih adalah Nik Aziz Afiq Abdul (PSM) dan Presiden Persatuan Kepolisan Masyarakat Malaysia, Kuan Chee Heng, juga dikenali sebagai 'Uncle Kentang'.

Kerusi DUN Semenyih kosong berikutan kematian penyandangnya, wakil Pakatan Harapan Bakhtiar Mohd Nor daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), pada 11 Januari lalu akibat serangan jantung.

Pada PRU-14, Allahyarham Bakhtiar  memperoleh 23,428 undi mengetepikan Datuk Johan Abdul Aziz daripada BN, Mad Shahmidur Mat Kosim (Pas) dan S. Arutchelvan (PSM). Bakhtiar menang dengan majoriti 8,964 undi.

Pengundian awal ditetapkan 26 Februari manakala pengundian 2 Mac. #sumber


Demikianlah Artikel Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal

Sekianlah artikel Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/penamaan-calon-prk-semenyih-suasana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Penamaan Calon PRK Semenyih, Suasana Meriah Dan Terkawal"

Catat Ulasan

Loading...