Loading...

Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit'

Loading...
Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit'
link : Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit'

Baca juga


Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit'


PEKAN: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, hari ini, mendedahkan baginda memiliki baju kurung daripada kain Tenun Diraja Pahang bauksit.

Tunku Azizah bertitah, kain berkenaan ‘diilhamkan’ apabila baginda dituduh oleh segelintir pihak kononnya terbabit dalam perlombongan bauksit yang menjadi isu alam sekitar kontroversi di Kuantan pada hujung 2014.

“Apabila saya dituduh mengorek bauksit, saya telah panggil (wakil) Penjara Penor untuk ambil bauksit dan keluarkan satu tenun Diraja Pahang menggunakan warna daripada bauksit.

“Penjara Penor keluarkan kain itu yang saya panggil tenun bauksit.. bauksit menghasilkan warna yang cantik dan saya harap warna bauksit boleh menjadi produk Pahang,” titah baginda ketika berucap merasmikan Bengkel Kreatif Pewarna Natural di Muzium Sultan Abu Bakar di sini, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Perladangan dan Bioteknologi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin; dan Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin.



Untuk rekod, Penjara Penor di sini adalah antara agensi penting dalam penghasilan produk tenun Diraja Pahang, selain Penjara Bentong yang ilmu menenun kain berkenaan diajar dan dihasilkan oleh banduan di situ.

Tunku Azizah seterusnya berharap penggunaan bahan alam semula jadi seperti daripada akar dan daun dalam penghasilan tenun Diraja Pahang dapat diperluaskan, sekali gus dilihat boleh membawa produk tekstil Pahang itu ke tahap lebih membanggakan.

Baginda juga berkenan berkongsi cerita, dalam mencari ilmu berkaitan warna dan tekstil, baginda dan rombongan menjelajah ke pelbagai negara antaranya ke Indonesia, Kemboja, Laos dan Thailand untuk ‘mencari mereka yang pakar’.

“Saya bawa rombongan untuk pelajari teknik yang digunakan, selain corak yang cantik yang boleh kita contohi. Apabila rombongan ini mengikut saya, mereka tahu ia bukanlah bercuti... dari jam 8 pagi sudah keluar dan balik hanya pada waktu malam.

“Sejak saya mengambil alih tenun Diraja Pahang pada 2005, banyak kejayaan yang dinikmati dan kita tidak boleh maju jika tidak menimba ilmu daripada pakar lain yang ada,” titah baginda. #sumber


Demikianlah Artikel Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit'

Sekianlah artikel Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/permaisuri-agong-dedah-ada-baju-kurung.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Permaisuri Agong Dedah, Ada Baju Kurung Kain Tenun 'Bauksit'"

Catat Ulasan

Loading...