Loading...
Judul : Tahun Baru Cina, Tawaran Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT1
link : Tahun Baru Cina, Tawaran Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT1
Tahun Baru Cina, Tawaran Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT1
KUALA LUMPUR - Syarikat konsesi Lebuh Raya Kuala Lumpur- Karak (KLK) dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 (LPT1) menawarkan diskaun tol 10 peratus kepada pengguna kenderaan kelas 1 sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pengarah Eksekutif ANIH Berhad, Datuk Nik Fauzi Nik Hussein berkata, diskaun tol berkenaan akan berkuat kuasa bermula pukul 12.00 tengah malam hingga pukul 11.59 malam pada Selasa, 5 Februari ini.
Menurutnya lagi, ia merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat sejak 2011 yang bertujuan menghargai pengguna Lebuh Raya KLK dan LPT1 bagi semua perayaan utama di Malaysia.
“Selain diskaun, syarikat turut ambil kesempatan dengan mengagihkan 1,500 biji limau kepada pemandu di Plaza Tol Gombak pada 29 Januari mulai Jam 3 petang sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pengguna lebuh raya.
“Pada masa yang sama, kami turut menyediakan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) sebagai rujukan pengguna untuk merancang perjalanan ke negeri-negeri di Pantai Timur sempena cuti sambutan Tahun Baru Cina ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. #sumber
Demikianlah Artikel Tahun Baru Cina, Tawaran Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT1
Sekianlah artikel Tahun Baru Cina, Tawaran Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT1 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tahun Baru Cina, Tawaran Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT1 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/tahun-baru-cina-tawaran-diskaun-tol-10.html

0 Response to "Tahun Baru Cina, Tawaran Diskaun Tol 10% Di KLK Dan LPT1"
Catat Ulasan