Loading...
Judul : Takiyuddin: PAS, Hadi Tak Perlu Bayar Editor Sarawak Report !
link : Takiyuddin: PAS, Hadi Tak Perlu Bayar Editor Sarawak Report !
Takiyuddin: PAS, Hadi Tak Perlu Bayar Editor Sarawak Report !
PETALING JAYA: PAS malam tadi menegur “kenyataan mengelirukan” Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penyelesaian kes saman Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.
Setiausaha Agung Datuk Takiyuddin Hassan berkata ada 3 perkara penting dalam perintah persetujuan yang direkodkan di mahkamah iaitu Hadi tidak meneruskan tuntutannya, Rewcastle-Brown tidak meneruskan tuntutan balasnya dan tiada perintah mengenai kos.
Oleh itu, Hadi tidak membayar apa-apa bayaran ataupun kos kepada Rewcastle-Brown untuk penyelesaian kes di luar mahkamah, katanya dalam kenyataan.
Mengenai PAS pula, Takiyuddin berkata parti Islam itu lagilah tidak membayar apa-apa bayaran di mana-mana peringkat kes kerana ia bukanlah satu pihak dalam tindakan undang-undang itu.
“PAS menganggap kenyataan presiden PKR tersebut langkah terdesak beliau bagi mengalihkan pandangan rakyat dari isu ‘krisis keyakinan’ parti-parti Pakatan Harapan terhadap pengerusi mereka, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang juga perdana menteri,” katanya.
Terdahulu, Anwar di satu program di Pulau Pinang mencabar PAS menyatakan jika ia membayar wang lebih RM1 juta kepada Rewcastle-Brown untuk menyelesaikan kes saman Hadi.
Hadi memfailkan saman fitnah terhadap Rewcastle-Brown di Mahkamah Tinggi London pada 21 April 2017 berhubung laporan Sarawak Report pada 6 Ogos 2016 yang mendakwa dana RM90 juta dimasukkan ke akaun pimpinan PAS sebagai usaha menarik sokongan parti itu menyokong Barisan Nasional dan Umno.
Hadi kemudiannya menarik balik saman itu awal bulan ini.
Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata. #sumber
Demikianlah Artikel Takiyuddin: PAS, Hadi Tak Perlu Bayar Editor Sarawak Report !
Sekianlah artikel Takiyuddin: PAS, Hadi Tak Perlu Bayar Editor Sarawak Report ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Takiyuddin: PAS, Hadi Tak Perlu Bayar Editor Sarawak Report ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/02/takiyuddin-pas-hadi-tak-perlu-bayar.html
0 Response to "Takiyuddin: PAS, Hadi Tak Perlu Bayar Editor Sarawak Report !"
Catat Ulasan