Loading...

´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV

Loading...
´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV
link : ´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV

Baca juga


´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV


MELAKA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menggesa kerajaan mengambil semula aset Felda yang telah dipajakkan kepada Kumpulan FGV Holdings Bhd (FGV) dalam usaha memulihkan agensi pembangunan tanah itu.

Pengerusi Anak,Datuk Mazlan Aliman berkata jika Felda dapat ambil balik kilang dan tanah daripada FGV, beliau yakin kerajaan Pakatan Harapan mampu pulihkan semula Felda dalam masa lima tahun ini. 

Felda antara lain mempunyai aset tanah seluas 320,000 hektar yang dipajak kepada FGV dan apabila tanah tersebut diambil semula, Felda dijangka mampu mendapat hasil RM1 billion setahun yang akan membantu langkah memulihkan agensi itu.

Mazlan yang juga Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berkata langkah mengambil balik aset itu adalah lebih baik daripada membuat pinjaman kewangan bagi memulihkan Felda.

“Daripada membuat pinjaman bagi memulihkan Felda adalah lebih baik jika kerajaan membuat ‘bail out’ ke atas tanah tersebut ... saya difahamkan ‘bail out’ adalah sekitar RM2.5 bilion,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di Seri Negeri, di sini hari ini.

Beliau berkata cadangan pihak tertentu agar kerajaan membuat pinjaman baharu adalah tidak sesuai kerana ini akan membebankan kerajaan yang terpaksa membayar faedah pinjaman yang lama.

Mazlan berkata dengan pengambilalihan itu Felda dapat menambah sumber pendapatan dan seterusnya mengukuhkan aliran tunainya. 

Mazlan berkata selain itu, Felda juga mempunyai 68 buah kilang memproses kelapa sawit yang dikendalikan oleh FGV.

Mazlan berkata perkara tersebut telah dibincangkan dengan pihak kerajaan dan diterima dengan positif dan difahamkan hanya dapat dilaksanakan selepas pembentangan kertas putih di Parlimen nanti. #sumber



Demikianlah Artikel ´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV

Sekianlah artikel ´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/anak-gesa-kerajaan-ambil-semula-aset.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "´ANAK´ Gesa Kerajaan Ambil Semula Aset Felda Daripada FGV"

Catat Ulasan

Loading...