Loading...
Judul : Bekalan Air Di Tutup, Jumpa Mayat Di Dalam Kolam Simpanan
link : Bekalan Air Di Tutup, Jumpa Mayat Di Dalam Kolam Simpanan
Bekalan Air Di Tutup, Jumpa Mayat Di Dalam Kolam Simpanan
SEREMBAN - Bekalan air bersih ke kawasan Palong 12 hingga 16 dekat Jempol terpaksa ditutup sementara sejak semalam disebabkan penemuan satu mayat lelaki di dalam Kolam Palong 12.
Ketua Bahagian Perhubungan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (Sains), Norzita Ismail berkata, pihaknya perlu membersihkan kolam penyimpanan air bersih tersebut sebelum air dapat dibekalkan semula kepada pengguna.
"Kami bertindak menutup operasi kolam penyimpanan air itu pada pukul 8 malam semalam sejurus menerima maklumat ada mayat dalam kolam itu.
"Kami perlu melakukan proses mengeluarkan air dan mencucinya beberapa kali dan kerja-kerja pembersihan dijangka siap malam ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Norzita berkata, kejadian itu dalam siasatan pihak polis, namun Sains menegaskan kolam simpanan air kendalian Sains adalah kawasan larangan dan berkunci.
Sementara itu, sumber Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan memberitahu, operasi mengeluarkan mayat tersebut telah dilakukan pada pukul 11.26 pagi tadi.
Menurut sumber, seramai 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sri Jempol terlibat dalam operasi mengeluarkan mayat lelaki dipercayai berusia lingkungan 20-an tersebut. #sumber
Demikianlah Artikel Bekalan Air Di Tutup, Jumpa Mayat Di Dalam Kolam Simpanan
Sekianlah artikel Bekalan Air Di Tutup, Jumpa Mayat Di Dalam Kolam Simpanan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Bekalan Air Di Tutup, Jumpa Mayat Di Dalam Kolam Simpanan dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/bekalan-air-di-tutup-jumpa-mayat-di.html

0 Response to "Bekalan Air Di Tutup, Jumpa Mayat Di Dalam Kolam Simpanan"
Catat Ulasan