Loading...

Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000

Loading...
Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000 - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000
link : Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000

Baca juga


Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000


MELAKA - Seorang bekas Penolong Jurutera Mekanikal Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka di sini hari ini atas pertuduhan pengubahan wang haram bernilai hampir RM190,000, dua tahun lalu.

Tertuduh Hairudin Ngadiron, 44, membuat pengakuan itu sejurus sembilan pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Mengikut kesemua pertuduhan, Hairudin yang ketika itu bertugas di Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar, Johor, didakwa membabitkan diri dalam transaksi penggunaan wang tunai berjumlah RM187, 898.20 hasil daripada aktiviti haram bagi tujuan pelbagai perbelanjaan pengubahsuaian kediaman dan pembayaran menyelesaikan kes rasuahnya.

Kesemua perbuatan itu, dilakukannya melalui sembilan transaksi berasingan di Kilometer 35, Kampung Parit Gantung, Sungai Rambai, Jasin antara Januari hingga Julai 2017.

Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai suapan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd. Farez Rahman, manakala tertuduh diwakili Peguam Faidzal Latif.

Mohd. Farez mencadangkan agar mahkamah mengguna pakai jumlah jaminan terdahulu selain memohon kesemua kes dibicarakan bersama.

Mahkamah kemudian membenarkan cadangan pihak pendakwaan dan menetapkan 16 April depan sebagai tarikh perbicaraan melibatkan seramai 26 saksi.

Tertuduh sebelum ini telah didakwa dan mengaku tidak bersalah di mahkamah sama pada 5 Oktober 2017 atas tujuh pertuduhan menerima suapan dalam bentuk wang tunai dan barangan bernilai RM465,886.32 daripada seorang kontraktor sebagai upah membantu mendapatkan kerja di maktab berkenaan pada 2016.

Dia bagaimanapun sekali lagi berdepan dengan pertuduhan menerima suapan bernilai RM4, 200 membabitkan bayaran membaiki sebuah kenderaan di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah, Johor Bahru, pada 10 Oktober 2018 dan dibenarkan ikat jamin sebanyak RM30,000. #sumber


Demikianlah Artikel Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000

Sekianlah artikel Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000 dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/bekas-pegawai-jkr-di-dakwa-gubah-wang.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Bekas Pegawai JKR Di Dakwa Gubah Wang Haram RM190,000"

Catat Ulasan

Loading...