Loading...

Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin'

Loading...
Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin' - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin'
link : Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin'

Baca juga


Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin'


KUALA LUMPUR: PAS dan UMNO tidak akan ‘berkahwin’ kerana kerjasama kedua-dua parti itu umpama ikatan adik-beradik yang diharamkan melangsungkan perkahwinan.

Presidennya, Datuk Seri Hadi Awang, berkata penggabungan PAS dan UMNO adalah ‘haram’ umpama perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik yang bertentangan dengan hukum syarak mengikut ajaran Islam.

“Macam-macam khabar angin dan ungkapan dilabelkan kepada kerjasama PAS dan UMNO seperti ‘PAS nak kahwin dengan UMNO’.

“Sebenarnya kerjasama PAS dan UMNO umpama adik-beradik macam mana nak berkahwin? Kalau perkahwinan berlaku maka ia ibarat perbuatan sumbang mahram antara adik-beradik,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian ketika menjawab pertanyaan orang ramai mengenai dakwaan kononnya PAS akan membentuk gabungan pakatan pembangkang baharu bersama UMNO dan parti komponen BN lain termasuk MIC dan MCA untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sempena program Wacana Islam dan Isu Semasa bertajuk Kesatuan Umat Islam di Malaysia: Prospek dan Cabaran anjuran Persatuan Ulama Malaysia (PUM) di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Yang Dipertua (YDP) PUM, Datuk Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir dan timbalannya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Ditanya mengenai pendedahan dibuat PAS berhubung kemungkinan ada pihak tertentu dalam Pakatan Harapan (PH) akan mengemukakan undi tidak percaya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat, tidak lama lagi, Abdul Hadi menjelaskan ia bukan idea PAS sebaliknya oleh individu tertentu yang mahu merebut jawatan Perdana Menteri.

“Yang nak buat undi tidak percaya bukannya wakil rakyat PAS tetapi orang lain kerana berlaku pertembungan dalam PH yang mahu merebut jawatan Perdana Menteri.

“Kita tidak pernah sebut (bercita-cita) mahu menjadi Perdana Menteri, sebaliknya PAS akan menyokong mana-mana pemimpin dalam kalangan orang Islam yang memegang jawatan Perdana Menteri.

“Kita akan menyokong sesiapa saja mahu menjadi Perdana Menteri dengan syarat mereka mahu melaksanakan ajaran Islam sebaik mungkin tanpa mengira daripada parti mana.

“Kita juga mengambil kira perkembangan mutakhir dan siapa yang lebih aslaf (berpihak) kepada umat Islam dan membawa kemakmuran kepada negara. Soal siapa yang bakal kita pilih tunggu masa dan ketikanya akan tiba,” katanya.

Mengulas lanjut, Hadi berkata, biarpun kerajaan sekarang dikuasai PH, orang Melayu/Islam masih memegang kuasa politik jika mereka bersatu kerana secara keseluruhannya terdapat 130 kerusi Parlimen dimenangi mereka dalam PRU-14.

“Saya percaya orang Melayu Islam masih mempunyai kuasa penentu hala tuju politik jika mereka bersatu hati kerana kita masih dominan dan menjadi majoriti di ahli parlimen sekarang,” katanya. #sumber


Demikianlah Artikel Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin'

Sekianlah artikel Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin' dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/hadi-pas-umno-umpama-adik-beradik-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Hadi: PAS, UMNO Umpama 'Adik-Beradik', Tak Akan 'Berkahwin'"

Catat Ulasan

Loading...