Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata, arahan tersebut dikeluarkan berdasarkan situasi semasa dan makluman daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor.
Jelasnya, sehubungan dengan itu, semua murid, guru, kakitangan dan pekerja di semua sekolah berkenaan tidak perlu hadir ke sekolah masing-masing sehingga keadaan kembali pulih.
"KPM memohon agar semua pihak mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa peka dengan arahan pihak berkuasa dari masa ke semasa," katanya dalam satu kenyataan hari ini. #sumber