Loading...

Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Loading...
Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi
link : Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Baca juga


Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi


KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi membabitkan dua tuduhan rasuah yang dihadapi isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas mendengar hujahan daripada pihak pendakwaan, yang diketuai bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram dan peguam Rosmah, Datuk Jagjit Singh. 

Terdahulu Sri Ram berkata pihak pendakwaan memohon memindahkan kes Rosmah ke Mahkamah Tinggi kerana mahu dibicarakan bersama-sama dengan kes membabitkan Datuk Rizal Mansor kerana pertuduhan itu mempunyai asas tuduhan sama. 

Beliau berkata Mahkamah Tinggi mempunyai bidang kuasa yang lebih luas untuk mendengar kes itu berbanding Mahkamah Sesyen.

Sementara itu, peguam Jagjit Singh membantah permohonan pendakwaan itu dengan menyatakan kes Rosmah harus didengar di Mahkamah Sesyen kerana terdapat banyak mahkamah di sini yang khusus dalam kes rasuah.

"Di sini di Mahkamah KL, kita mempunyai tiga mahkamah yang khusus dalam kes rasuah dan hakim yang berpengalaman, jadi kenapa harus memindahkan kes ini ke Mahkamah Tinggi Kenapa perlu jalankan perbicaraan bersama (Rosmah dan Rizal), sedangkan mereka didakwa secara berasingan di Mahkamah Sesyen,” katanya.

Pada 15 Nov tahun lepas, Rosmah, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak, dua tahun lalu.

Pada tarikh sama di mahkamah berasingan, Rizal, 46, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi dirinya dan Rosmah, berjumlah RM5.5 juta, membabitkan bekalan peralatan dan pemasangan sistem hibrid solar untuk sekolah-sekolah luar bandar di Sarawak.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. #sumber


Demikianlah Artikel Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi

Sekianlah artikel Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/kes-rasuah-rosmah-mansor-di-pindahkan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kes Rasuah Rosmah Mansor Di Pindahkan Ke Mahkamah Tinggi"

Catat Ulasan

Loading...