Loading...

LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas !

Loading...
LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas !
link : LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas !

Baca juga


LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas !


KUANTAN - Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Othman melihat perbuatan segelintir pihak yang mencemari perhimpunan Women's March di ibu negara semalam dengan unsur lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sebagai mencabar agama Islam dan undang-undang negara.  

Katanya jelas gaya hidup tersebut tidak diterima di negara ini namun masih ada pihak yang berdegil dan memperjuangkannya.

"Dulu kita adakan kempen-kempen dengan tujuan bertolak ansur dan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan, tetapi mereka masih tidak terima malah kini mencabar kita.

"Diharapkan ada tindakan yang dapat diambil dan jika mereka masih terus mencabar maka tindakan undang-undang perlu dikenakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Pemuda Al-Fateh bersama Mufti di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pada masa sama usaha akan terus diadakan untuk memberi dakwah kepada golongan tersebut dan menerima mereka yang ingin kembali ke pangkal jalan dengan tangan terbuka.


Sementara itu, Pengasas dan Penasihat Utama Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia, Mohd. Hizul Azri Md. Noor yang turut hadir, berkata Islam telah menetapkan hak masing-masing.

"Jika kita ikut acuan yang diajar oleh Islam, maka semua orang ada hak mereka sendiri dengan adil," katanya.

Semalam beberapa badan kerajaan termasuk Women's Aid Organization dan Sisters In Islam  mengadakan Women's March bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia di ibu negara, namun perarakan itu dicemari dengan penglibatan komuniti LGBT yang turut melaungkan , "jangan kacau LGBT" dan "hidup LGBT" .

Pihak polis dilaporkan berkata, perhimpunan yang dihadiri oleh lebih 300 orang  itu tidak mempunyai permit dan penganjurnya akan dipanggil untuk diambil keterangan. #sumber


Demikianlah Artikel LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas !

Sekianlah artikel LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/lgbt-mufti-pahang-berharap-kerajaan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "LGBT: Mufti Pahang Berharap Kerajaan Ambil Tindakan Tegas !"

Catat Ulasan

Loading...