Loading...

Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan !

Loading...
Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan ! - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan !
link : Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan !

Baca juga


Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan !



KUANTAN - Lynas Corporation Ltd (Lynas) digesa mematuhi peraturan dan arahan kerajaan bagi menghantar semua sisa buangan dari kilang tersebut ke Australia selewat-lewatnya September ini.

Naib Ketua Cabang PKR Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad berkata, ketetapan itu telah dibuat memandangkan kerajaan lebih mengutamakan keselamatan dan kepentingan rakyat berbanding dari yang lain.

Menurutnya, justeru Lynas tidak boleh melambat-lambatkan proses ini dan menghormati keputusan kerajaan yang telah banyak memberikan ruang kepada mereka.


“Lynas kena segera mematuhi arahan ini dan mereka (Lynas) seharusnya bersyukur kerana Kerajaan PH terlalu terbuka terhadap mereka.

“Kilang Lynas telah sedia wujud sejak era kerajaan lama walaupun pada awal kewujudannya kami dari pembangkang telah cuba mengingatkan Lynas tentang keupayaan Lynas menjamin keselamatan dan kesejahteraan alam sekitar.

“Kerajaan sekarang terikat dengan perjanjian Lynas dengan kerajaan terdahulu, jadi tindakan terbaik yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah untuk menentukan Lynas beroperasi mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan sekarang,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau menyuarakan rasa simpati terhadap Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh yang terpaksa bercakap berulang kali tentang isu ini.

Jelasnya, Fuziah sering menjadi mangsa kritikan bahkan dimaki hamun kerana antara tokoh yang paling ke hadapan sewaktu membuat bantahan pada awal kewujudan kilang ini.

“Saya yakin beliau (Fuziah) seolah-olah merasakan tiada jaminan Lynas boleh mematuhi peraturan atau SOP alam sekitar sekiranya dibenarkan beroperasi.

“Jadi, inilah waktunya untuk Lynas untuk buktikan keraguan Fuziah itu tidak tepat dengan mematuhi peraturan dan arahan yang diberikan,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Fauzuldin berkata, jika Lynas masih menganggap bahawa mereka masih mampu untuk mengawal kerajaan seperti kerajaan terdahulu,ia adalah satu langkah yang salah.
“Maaf saya katakan Lynas silap besar.

"Penduduk di Kuantan bersedia berdepan dengan Lynas sekiranya pihak kerajaan turut tunduk dengan kehendak kilang Lynas ini,” katanya. #sumber




Demikianlah Artikel Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan !

Sekianlah artikel Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/lynas-corporation-ltd-lynas-di-gesa.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Lynas Corporation Ltd (Lynas) Di Gesa Mematuhi Peraturan !"

Catat Ulasan

Loading...