Loading...
Judul : Menang PRK: MB Pahang Ucapkan Tahniah Kepada Calon BN
link : Menang PRK: MB Pahang Ucapkan Tahniah Kepada Calon BN
Menang PRK: MB Pahang Ucapkan Tahniah Kepada Calon BN
KUANTAN: Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail mengucapkan tahniah kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Semenyih, Zakaria Hanafi yang menang pada pilihanraya kecil DUN itu hari ini.
Wan Rosdy yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang turut mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang membantu BN merampas semula kerusi DUN itu daripada Pakatan Harapan.
"Saya turut ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Jentera Barisan Nasional dan parti komponennya, Parti Islam Se-Malaysia (PAS), badan-badan NGO, pasukan keselamatan, pihak SPR, pihak media yang membuat liputan dan semua rakyat Malaysia yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam tempoh semasa kempen dijalankan", katanya di Facebook beliau malam ini.
Dengan kemenangan Barisan Nasional ini, jelasnya menunjukkan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional untuk memimpin mereka.
"Semoga YB Zakaria Hanafi dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin sebaiknya dan yang paling penting adalah kerap turun padang untuk bersama rakyat, InsyaAllah. Syukur ke hadrat Ilahi, Alhamdulillah", tambahnya. #PDO
Demikianlah Artikel Menang PRK: MB Pahang Ucapkan Tahniah Kepada Calon BN
Sekianlah artikel Menang PRK: MB Pahang Ucapkan Tahniah Kepada Calon BN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menang PRK: MB Pahang Ucapkan Tahniah Kepada Calon BN dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/menang-prk-mb-pahang-ucapkan-tahniah.html
0 Response to "Menang PRK: MB Pahang Ucapkan Tahniah Kepada Calon BN"
Catat Ulasan