Loading...
Judul : Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda RM20,000 !
link : Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda RM20,000 !
Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda RM20,000 !
KUANTAN - Seorang Pembantu Tadbir dipenjara tiga hari di Mahkamah Sesyen di sini hari ini sejurus mengaku salah atas dua pertuduhan mengeluarkan resit palsu pada Februari dan Mac 2017.
Selain itu, Mohd. Hisham Mohd. Kamaruddin, 35, turut dikenakan denda RM20,000 atau tambahan tempoh penjara selama dua bulan sekiranya tidak membayar denda.
Pertuduhan pertama, Mohd. Hisham dituduh mengeluarkan resit rasmi yang palsu bernilai RM800 atas urusan sewaan Dewan Kompleks Rakan Muda Daerah Bera pada 10 Februari 2017.
Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh mengeluarkan resit palsu RM1,450 atas sewaan dewan yang sama pada 28 Mac 2017 sedangkan bayaran tersebut tidak dimasukkan ke dalam akaun Kerajaan Malaysia.
Dia dituduh mengikut Seksyen 418 Kanun Keseksaan bagi kedua-dua pertuduhan tersebut yang boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.
Sejurus pertuduhan dibacakan, peguam Syadzuwan Noor Adzman merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan tanpa dikenakan penjara kerana tertuduh telah insaf.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd. Zamry pula merayu mahkamah menetapkan hukuman penjara serta denda bagi mengutamakan kepentingan awam.
Hakim Mohd. Ghazali Mohamad Taib kemudian menjatuhkan hukuman penjara tiga hari serta denda RN20,000 sejurus mendengar rayuan kedua-dua pihak. #sumber
Demikianlah Artikel Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda RM20,000 !
Sekianlah artikel Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda RM20,000 ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda RM20,000 ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/pembanu-tadbir-di-penjara-tiga-hari-dan.html

0 Response to "Pembanu Tadbir Di Penjara Tiga Hari Dan Di Denda RM20,000 !"
Catat Ulasan