Loading...
Judul : Pencemaran: 780 Mangsa Baharu, Jumlah Terkini 3,555 Orang !
link : Pencemaran: 780 Mangsa Baharu, Jumlah Terkini 3,555 Orang !
Pencemaran: 780 Mangsa Baharu, Jumlah Terkini 3,555 Orang !
PASIR GUDANG - Seramai 780 mangsa baharu pencemaran toksik dirujuk ke pusat rawatan awal di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) dalam tempoh enam jam bermula pada 6 petang semalam hingga 12 tengah malam tadi.
Dengan perkembangan tersebut, seramai 3,555 individu telah dirujuk untuk mendapatkan rawatan awal sejak kes pencemaran toksik di Sungai Kim Kim di sini dilaporkan pada 7 Mac lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr. Sahruddin Jamal berkata, daripada 780 yang dirujuk sehingga malam tadi, hanya 202 individu mendapatkan rawatan lanjut di hospital.
“Dan daripada 202 kes pula, seramai 113 individu dimasukkan hospital iaitu di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dan Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana di Menara Aqabah di sini sebentar tadi.
Dalam perkembangan lain, Sahruddin berkata, seramai 531 mangsa yang mendapatkan rawatan di kedua-dua hospital itu sebelum ini telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. #sumber
Demikianlah Artikel Pencemaran: 780 Mangsa Baharu, Jumlah Terkini 3,555 Orang !
Sekianlah artikel Pencemaran: 780 Mangsa Baharu, Jumlah Terkini 3,555 Orang ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pencemaran: 780 Mangsa Baharu, Jumlah Terkini 3,555 Orang ! dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/pencemaran-780-mangsa-baharu-jumlah.html

0 Response to "Pencemaran: 780 Mangsa Baharu, Jumlah Terkini 3,555 Orang !"
Catat Ulasan