Loading...
Judul : PRK Semenyih: Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka
link : PRK Semenyih: Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka
PRK Semenyih: Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka
SEMENYIH - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, pihaknya menerima dengan hati terbuka keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang tidak memihak kepada Pakatan Harapan (PH) yang meletakkan calon daripada Bersatu.
Naib presiden PH itu berkata gabungan berkenaan akan membaiki segala kelemahan bagi memenangi kembali hati rakyat.
"Kami sudah cuba sedaya mungkin tapi rakyat lebih tahu apa pilihan mereka, kami terima keputusan ini dengan hati terbuka. Mana-mana kelemahan akan kami baiki," katanya kepada pemberita di bilik gerakan utama PH di sini malam ini.
Barisan Nasional (BN) menawan semula kerusi DUN Semenyih selepas calonnya, Zakaria Hanafi memenangi persaingan empat penjuru dengan majoriti 1,914 undi.
Kata Mukhriz: "Kami anggap (kekalahan) ini sebagai satu mesej yang mana kami perlu hayati sebaik mungkin." #sumber
Demikianlah Artikel PRK Semenyih: Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka
Sekianlah artikel PRK Semenyih: Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRK Semenyih: Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/prk-semenyih-bersatu-terima-kekalahan.html

0 Response to "PRK Semenyih: Bersatu Terima Kekalahan Dengan Hati Terbuka"
Catat Ulasan