Loading...

Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti

Loading...
Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti
link : Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti

Baca juga


Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti


SEPANG - Mayat Allahyarham Muhammad Haziq Mohd. Tarmizi, 17, yang disahkan antara 50 mangsa terbunuh dalam tragedi tembakan berdarah di dua masjid di Christchurch, New Zealand, Jumaat minggu lalu dikenal pasti melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA). 

Wakil rasmi Malaysia ke New Zealand, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, buat masa ini, hanya butiran itu yang dimaklumkan kepada pihaknya berkaitan kematian remaja malang itu.

Mujahid yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri memberitahu, beliau akan bertemu dengan Kedutaan Malaysia di New Zealand bagi mendapatkan butiran penuh berhubung kematian Mohd. Haziq.

"Sebelum ini, kita hanya agak yang meninggal itu adakah Muhammad Haziq yang dikatakan lari (selepas insiden serangan) dan tak dapat dijumpai tetapi sebenarnya dia sepanjang masa ada di situ.

"Setelah dicam dengan DNA, maka memang telah pasti yang meninggal itu adalah Mohd. Haziq. Cuma butiran yang terjadi selama itu kami belum diberi maklumat apa-apa," katanya pada sidang akhbar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini. 

Sementara itu, Mujahid berkata, lawatan rasminya ke Christchurch adalah bagi mewakili kerajaan Malaysia untuk bertemu pimpinan kerajaan New Zealand bagi mengucapkan takziah di atas peristiwa hitam itu selain merakam penghargaan terima kasih terhadap tindakan kerajaan New Zealand dalam mengendalikan mayat dan mangsa terlibat.

"Pada masa sama, saya akan melawat tempat kejadian dan menunaikan solat Jumaat di Masjid Al Noor yang merupakan salah satu lokasi serangan.

"Saya juga akan menziarahi keluarga mangsa yang terlibat dalam serangan itu," katanya.

Dalam pada itu, Mujahid turut menyeru semua masjid di seluruh negara mengadakan solat jenazah ghaib selepas selesai solat Jumaat esok sebagai solidariti untuk Muhammad Haziq.

Terdahulu, jenazah Muhammad Haziq telah selamat dikebumikan pada pukul 12 tengah hari tadi waktu Malaysia (5 petang waktu New Zealand).

Sebelum itu, Wisma Putra mengesahkan bahawa Muhammad Haziq adalah antara 50 mangsa yang terbunuh dalam tragedi tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, Jumaat minggu lalu.

Allahyarham Muhammad Haziq berada di Masjid Al Noor di Deans Avenue bersama bapa dan adik lelakinya ketika seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang Jumaat minggu lalu. #sumber


Demikianlah Artikel Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti

Sekianlah artikel Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/serangan-christchurch-jenazah-muhammad.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Serangan Christchurch: Jenazah Muhammad Haziq Dikenalpasti"

Catat Ulasan

Loading...