Loading...

Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ

Loading...
Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ - Hallo sahabat MALAYSIA ON THE HOME INFORMATION, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel budaya, Artikel ekonomi, Artikel information, Artikel jawatan kosong, Artikel perniagaan, Artikel politik, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ
link : Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ

Baca juga


Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ


KUANTAN - Kerajaan akan membantu urusan perjalanan keluarga mangsa yang cedera dalam insiden keganasan di dua masjid di Christchurch, New Zealand, semalam, untuk ke negara itu bagi membolehkan mereka memberi sokongan kepada mangsa yang terlibat.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, kerajaan amat mengambil berat kebajikan mangsa dan akan memastikan kesemua mereka mendapat rawatan terbaik selain bersedia membantu menanggung kos perubatan.

"Wisma Putra sedang berurusan dengan keluarga mereka kerana ada di antara mangsa yang cedera, anggota keluarga mereka seperti anak atau ibu bapa berada di Malaysia.

"Kita akan cuba bantu uruskan perjalanan mereka ke sana dan mendoakan ketiga-tiga rakyat Malaysia yang cedera sembuh serta tiada perkara lebih mudarat berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota Utama di sini hari ini.

Saifuddin turut mengesahkan setakat ini tiga rakyat Malaysia dilaporkan cedera dalam kejadian itu, manakala seorang lagi masih dilaporkan hilang dan belum dapat dikesan.

Mereka yang cedera ialah Mohd. Tarmizi Shuib, 46, dari Kedah; Rahimi Ahmad, 39, dari Pulau Pinang dan Mohd. Nazril Hisham Omar, 46 dari Kelantan, manakala seorang lagi yang masih hilang ialah Mohd. Haziq Mohd Tarmizi, 17, iaitu anak kepada mangsa tembakan, Mohd. Tarmizi.

"Saya difahamkan ketiga-tiga mereka berada dalam keadaan stabil dan akan menjalani pembedahan untuk mengeluarkan peluru berkenaan serta luka yang dialami.

"Seorang lagi anak Mohd. Tarmizi iaitu Mohd. Haris kini sedang dirawat di sebuah hospital kanak-kanak di sana kerana mengalami trauma ekoran kejadian itu.

"Sementara Mohd. Haziq masih lagi tidak dapat dikesan. Saya difahamkan ketika kejadian ada saksi nampak dia lari bersama ayahnya, namun ayahnya cedera terkena tembakan... kita tidak tahu dia ada mana, harap dia selamat dan mungkin dia sedang berlindung di mana-mana," katanya.

Berikutan kejadian itu, katanya kerajaan telah menghantar dua orang petugas dari pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Wellington iaitu seorang pegawai diplomatik dan seorang atase tentera ke Christchurch selain seorang pegawai kanan dari Wisma Putra bagi membantu. #sumber


Demikianlah Artikel Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ

Sekianlah artikel Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/serangan-christchurch-kerajaan-akan.html

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Serangan Christchurch, Kerajaan Akan Bantu Keluarga Ke NZ"

Catat Ulasan

Loading...