Loading...
Judul : SPR: Daftar Pengundi Secara Automatik Tak Semudah Didakwa
link : SPR: Daftar Pengundi Secara Automatik Tak Semudah Didakwa
SPR: Daftar Pengundi Secara Automatik Tak Semudah Didakwa
Beliau berkata, pendaftaran pengundi secara automatik memang ada dalam perancangan badan itu.
Bagaimanapun katanya, ia tidak semudah seperti yang didakwa oleh Jabatan Pendaftaran Negara, iaitu apabila seseorang mencapai umur 21 tahun, dia boleh didaftarkan sebagai pengundi secara automatik.
Beliau menjawab pertanyaan seorang peserta forum mengenai pembiayaan politik anjura Transparency International Malaysia di sini, hari ini,
Azhar berkata, Perlembagaan Persekutuan membenarkan seseorang membuang undi di tempat di mana beliau mula-mula mendaftar sebagai pengundi walaupun beliau mungkin tinggal di tempat lain.
“Itu adalah hak perlembagaan kita. Jika kita melaksanakan pendaftaran automatik, maka keadaan itu perlu diubah kerana pada waktu itu anda akan mengundi di tempat tinggal yang tercatat dalam kad pengenalan,” katanya.
Ini, katanya, akan menyaksikan lebih banyak kerusi di Kuala Lumpur dan Selangor dan merupakan antara isu yang perlu dikaji dengan lebih teliti.
Menurutnya lagi, proses pendaftaran automatik akan mengambil masa, dan SPR akan berusaha mengemukakan penyelesaian yang adil dan saksama.
Dilaporkan sebelum ini, banyak parti politik, sama ada yang mewakili kerajaan atau pembangkang, bersetuju dilaksanakan kaedah pendaftaran pengundi automatik berikutan pertemuan tertutup antara SPR dengan wakil 30 parti politik berhubung isu pendaftaran pengundi. #sumber
Demikianlah Artikel SPR: Daftar Pengundi Secara Automatik Tak Semudah Didakwa
Sekianlah artikel SPR: Daftar Pengundi Secara Automatik Tak Semudah Didakwa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SPR: Daftar Pengundi Secara Automatik Tak Semudah Didakwa dengan alamat link https://malaysiaonthehome.blogspot.com/2019/03/spr-daftar-pengundi-secara-automatik.html
0 Response to "SPR: Daftar Pengundi Secara Automatik Tak Semudah Didakwa"
Catat Ulasan